Masscomm

Dua, tiga hari lepas, kat Twitter heboh orang kutuk budak masscomm. Macam-macam provoke aku jumpa, orang butthurt, orang tak kisah, orang yang pujuk orang butthurt cakap "masscomm awesome", macam-macam lagila. Orang lain maybe tak peduli pun pasal benda ni, tapi yela, kalau dah kena kutuk, mestilah nak bela diri sendiri balik, kan?

Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media dengan Kepujian (Kewartawanan).

Tu course aku. Aku tak cakap aku budak masscomm dah, aku cakap aku budak Journalism. Sebab apa? Sebab fundamental masscomm dah belajar masa diploma. Masa diploma, yup, aku budak masscomm. (Sekarang pun masscomm, tapi dah ada major).

Sebagai budak yang dulunya suka Fizik dan bercita-cita nak sambung belajar Fizik dan kerja dalam bidang Fizik (astronomi ye, tapi kata orang macam far-fetched sangat), aku boleh nampak beza susah senang Fizik (atau subjek Sains in general la) dengan masscomm ni. Memang betul pun belajar masscomm ni senang je, tak macam belajar Sains. Masscomm boleh goreng, Sains ni dah ada fakta dan formula dan yang itu kita kena ikut. 

Masscomm ni sebenarnya di bawah Sains Sosial/ Kemasyarakatan. Ada je teori yang kena hafal, ada je formula yang kena belajar sebenarnya. Dan, ada je nombor yang kena kira, walaupun tak sebanyak budak Sains tu. Mungkin juga sebab masscomm ni tak banyak belajar Matematik, kiranya bagi orang lain masscomm ni senang la. 

Tak tipu, masscomm memang senang gila skor. Tapi kenapa aku tak skor? Well, aku kan pemalas, dari dulu sampai sekarang, sama je. Eh jap, bukan aku cakap tak skor tu fail ye. Cuma tak boleh dapat ANC. Tapi kalau tanya result macam mana, insya Allah aku tak rasa malu nak cakap aku dapat apa.

Tapi kan, kat UiTM ni kan, seingat akula, maksimum jam kredit sepatutnya 23 jam. Sepatutnya la. Hari tu kawan aku cerita, ada budak Computer Science merungut, jam kredit banyak sangat, sampai tak boleh urus masa. Kata budak tu, jam kredit dia 16. 

Dapat 16 jam kredit dan maksimum untuk UiTM (again, aku dengar ni masa diploma, tak taula kalau degree ni lain) ialah 23. Nak tau tak budak masscomm Journalism (yang course dia senang gila ni) punya jam kredit berapa? 



28 jam kredit. 9 subjek. Oh lupa, masscomm kan senang, takpela subjek banyak pun kan?

HAHAHAHAHAHAHA.

Kau bayangkan, dalam seminggu, kalau semua lecturer bagi kau assignment, semua kena hantar minggu depan, kau boleh buat? Kau bayangkan, lecturer cakap, kau kena cari orang yang berkaitan dengan bidang, interview dia, hantar lagi dua minggu, kau boleh buat? Kau bayangkan, selain daripada kena datang kelas and siapkan assignment, kau kena handle event, kau boleh buat?

Selama ni, orang kutuk masscomm, aku malas nak layan, sebab macam bangang bila kau balas provokasi dengan makian. Yela, orang ni tak pernah rasa duduk dekat dua-dua tempat, memanglah dia boleh cakap semua yang dia buat tu susah, semua yang dia buat tu bagus. Orang belajar Matematik dengan Sains ni kan pandai, orang yang belajar masscomm ni tak pandai.

Aku nak tanya, tinggi sangat ke darjat orang yang belajar Sains kat sisi Allah? Tinggi sangat ke darjat orang yang belajar dekat luar negara, berbanding dengan UiTM? Tinggi sangat ke? Mungkin kau bagus, kau dapat biasiswa/ pinjaman, belajar kat luar negara. Belajar subjek Sains sebab kau pandai. Hina sangat ke belajar dekat tempat yang semuanya bumiputera?

Kata dah open-minded, sebab belajar kat luar negara, sebab belajar kat universiti lain yang berbilang bangsa. Takkan kau tak tau, kau belajar kat IPTA, semua ada kuota paling banyak untuk bumiputera. Bangsa lain ni, ada sikit je dekat IPTA lain. Kalau nak sambung belajar, majoriti masuk IPTS. 

Kau kata kau open-minded kan? Belajar dekat IPTA yang berbilang bangsa kan? Kau lepak dengan budak bangsa lain tak? Kau belajar dengan bangsa lain tak? Kalau ye, masih lekat lagi pegangan agama dan budaya kau tak?

Kau rasa kau pandai kan? Belajar dekat luar negara kan? Kau punya gaya hidup masih sama tak? Masih tak terikut (terindoktrinasi) dengan segala benda yang hebat (kononnya) kat luar negara tu tak?

Senang cerita, macam ni la. Kutuk-mengutuk, maki-memaki tak bawak ke mana. Sebab apa? Orang macam kami, nak cari berita akan cari orang Sains (yang pandai tu). Orang Sains (yang pandai tu) akan cari kami bila nak sampaikan info dekat orang ramai. 



p/s Sarcasm? Very much. The languages? Well, that's how I speak in reality. And this is real.

Comments

  1. sis mohon tunjuk ajar n share la tips skit... heheh .. sy bru nk masuk dip. mass comm kt collge yg majorty die bngsa lain.. huhuhu... takut & cuak la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tips? Masuk masscomm senang culture shock, so kuatkan iman. Hahahah.
      Kalau takut/ cuak, takpe. Tu maknanya tengah excited, so just go with the flow je. 😊

      Delete
  2. sis, nak tanya ni.. cara pembelajaran yg diajar oleh lect laju tak? i mean mcm asasi/matriks

    ReplyDelete
  3. Tak, diploma very laid back. Asasi and matrik dia laju semacam sebab ada setahun je, tapi diploma ada tiga tahun, lebih la masa. I dulu pun pernah masuk matrik, so boleh cakap la kalau jenis rileks, main-main ni baik ambik diploma. 😊

    ReplyDelete
  4. Hi sis. Salam. Saya nk tnya. Untuk msuk course masscom ni untuk spm kna skor subjek apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tengok kat sini http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2017 untuk UiTM. Good luck!

      Delete
  5. menarik ..good sharing..bidg masscom bagus apa-budk2 masscom sllaunya memg kedepan ..mcm kawan2 sis dlu.. :)...btw..kalau ade nak tau psl program tourism/pendidkan awal kanak-kanak kan-bolehla wsp sis 011-16930576-sis bolehla bg advice ckit babtu...

    ReplyDelete
  6. owh ya.bole visit https://studypelancongan.blogspot.com/2013/01/3-tahun-diploma-tourism-management.html?showComment=1583224242285#c5971670188537659733

    ReplyDelete
  7. dpt tau serba sidkit psl masscomm dari akak tq kak , skrg saya masih dlm fasa road to spm (batchcovid) ramai jugak keluarga n cikgu mcm tk minat sgt saya ambil masscomm sbb saya budak pure science , but idgf , doaknn saya dpt ambil course ni nnti n insyaallah nak jadi pmbaca berita tq kakkkk❤❤❤❤❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. heyyy hy ? saya pula budak acc butttt srsly minat gila nak amik course masscom ! and yah saya pun nak jadi pembaca berita . lets be friend ?

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Serabut.

In just another blink of an eye.