Sabar
Sabar pun, jika disimpan sekian lama, kalau tidak mengamuk, paling tidak mengalir juga air mata. Sebab perkataan yang dikeluarkan ikut rasa, tanpa peduli hati orang yang mendengar. Hendak mengadu, terlalu peribadi, ibarat buka pekung di dada sendiri. Untuk apa aibkan diri sendiri? Biarlah, sabar masih ada. Pedulikan sahaja air mata yang tumpah, penat menahan sebak selama ini. Kalau betul salah, tidak mengapa. Ini tidak. Yang salah dibiarkan, yang sudah berusaha itu diperlekeh. Dunia mana pernah adil, bukan? Berdoa sahajalah semuanya akan berubah menjadi lebih baik nanti. p/s: Cermin diri sendiri dahulu, baru boleh sibuk menuding salah orang lain.