Kawan
Ayah pernah cakap, jangan buat jahat kat orang kalau tak nak orang buat kat kita.
Saya tak rasa saya ramai kawan. Saya tak kisah, tapi kadang-kadang dengki juga tengok orang lain boleh lepak dengan kawan ramai-ramai; tak kisahlah kawan satu kelas ke, satu rumah ke, satu tempat kerja. Yang penting ramai-ramai, lepas tu semua kawan-kawan tu tahu apa yang jadi dalam hidup kita. Tak tahu banyak tak apa, yang penting dia tahu secara ringkas siapa kita, macam mana gaya hidup kita.
Kawan ramai ni banyak sakit hati, memang betul pun. Kawan ramai ni susah kalau ada yang tertinggal, ada yang terasa. Tapi kan, sebab kawan ramai la kita akan ada banyak memori, banyak kenangan. Satu hari nanti, bila kita tiba-tiba terpisah, dan terjumpa balik, bila buka cerita lama mesti orang yang ramai kawan boleh gelak banyak-banyak. Kalau orang yang ada satu, dua kawan je, nak cerita apa?
Tapi kan, bila kita dah lama kawan dengan orang tu, kita dah jadi tak kisah dengan benda yang pernah buat kita sakit hati. Kenapa ye?
Sebab kita tahu, orang tu kawan kita. Sebab kita dah tahu, semua orang tak sempurna. Sebab kita tahu, semua orang buat silap. Termasuklah diri kita sendiri. Bila kita boleh bersabar (atau jadi tak kisah lagi betul) dengan kawan kita, maknanya kita pun tahu yang kita ni kadang-kadang buat salah juga. Ada give and take, kita kena bagi dan terima. Kawan kita pun mestilah macam tu juga. Tak boleh bagi saja, nanti diri sendiri yang sakit.
Tak salah, nak pentingkan diri sendiri dulu. Memang betul pun kalau kita tak boleh sayang diri sendiri kita tak layak nak sayang orang lain. Tapi kalau semua benda nak ikut kepala sendiri, jangan tanya kenapa orang tak suka kita, kenapa kita tak ramai kawan (dan tak banyak kenangan pahit atau manis).
Seboleh mungkin, jaga kawan-kawan kita sebab kawan-kawan ni penting, tapi dia boleh buang kita sebab kawan tak macam famili. Itu sebab, kalau kita rasa sayang kat kawan kita, kita bagi tahu apa silap dia, baru dia boleh betulkan.
Lainlah kalau kita dah hilang rasa nak berkawan tu, biarlah apa nak jadi dekat dia, lepas ni jangan masuk campur lagi.
*** Saya pun buat kawan-kawan saya sakit hati tanpa saya sedar (saya kasar, jangan tanya kenapa. Bukan salah kawan-kawan, bukan juga salah ayah dan mama yang ajar saya. Semua tu dari diri sendiri je sebenarnya). Kenapa saya cakap tanpa saya sedar? Sebab kalau orang buat dekat saya benda yang sama saya takkan rasa apa-apa. Jadi saya minta maaf dekat kawan-kawan, lepas tu jangan lupa bagi tahu apa yang saya buat/ cakap ye. :)
Comments
Post a Comment