Pulau kecil di Borneo.
Satu hari nanti, kalau ada masa, aku nak jejak semula pulau kecil di Borneo tu. Bukan sekadar jejak dan shopping, tapi aku nak pergi satu-satu tempat yang pernah aku tinggal, singgah, bermain, menangis dan ketawa dulu. Hujung tahun 1997, sampailah tengah tahun 2010. Hujung 2009, aku dah pun keluar dari pulau, nak cari sesuatu yang baru. Pulang semula tengah 2010; sekejap saja, nak uruskan semua barang untuk berpindah. Mungkin berbelas tahun di pulau kecil tu tak banyak yang aku ingat. Mungkin berbelas tahun di pulau kecil tu aku masih tak belajar nak terus berhubung dengan semua orang. Mungkin berbelas tahun di pulau tu dah ajar banyak benda, cuma aku saja yang belum sedar. Mungkin, selain daripada dialek tempatan, aku belajar untuk tak mendiskriminasi orang lain, hanya kerana mereka bangsa berbeza, agama berbeza, dengan adat yang berbeza. Sekolah rendah: dua sekolah berbeza. Sekolah agama juga macam tu. Sekolah menengah, cuma satu, lima tahun, dengan kawan-kawan yang enta...