Umpat.
Macam-macam manusia ni. Pening kepala aku nak layan satu-satu. Baru layan, belum lagi nak puaskan hati semua orang. Kalau boleh, tentu sahaja kehendak semuanya hendak dipenuhi. Untuk apa mencipta musuh, menambah seteru; hanya kerana pendapat dan citarasa yang berbeza?
Mulut orang memang tidak boleh ditutup. Sedangkan mulut sendiri lagi masih lancar menutur jahat orang lain, apa lagi manusia lain yang kita tidak mampu fahami pemikirannya. Kita sering mengharap orang lain untuk menyebut hanya yang terbaik mengenai kita, sedangkan kita sendiri tidak memberi yang terbaik untuk mereka.
Salah siapa jika orang mengata di belakang? Salah orang kerana tidak tahu untuk menutup mulut? Sedangkan kita sendiri maklum, fitrah kebanyakan manusia suka berbicara mengenai orang lain. Jadi mengapa kita sendiri yang memberikan "bahan" untuk mereka mengata di belakang?
Biarlah jika manusia mahu mengata. Tiada di dunia yang sempurna sifatnya, dan kita pasti tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Mana mungkin kita akan terlepas daripada menjadi bahan umpatan orang.
Mungkin kita cuma boleh belajar setelah melakukan kesilapan, dan kita cuma boleh sedar silap tersebut apabila orang mula mengata. Wallahu'alam.
Comments
Post a Comment