Tipu.
Jangan ditanya macam mana aku tahu, dari mana aku dapat info, kerana selalunya datang tanpa dicari, dipanggil, apa lagi disuruh. Tetapi, selepas sekali ditipu, semestinya aku usaha lebih untuk pastikan pisang tidak berbuah dua kali dan aku tidak menjadi bodoh untuk percaya. Kau benci aku ada di mana-mana ibarat bayang-bayang? Itu tandanya kewujudan aku sudah tidak perlu. Tandanya kewujudan aku perlu dicatu. Bagi aku, selamanya atau tidak langsung. Tiada di antara. Terpulang pada diri kau sendiri. P/s Jujurnya, aku sudah letih hendak mengikut rentak orang kerana rentaknya berubah tanpa sebarang notis.