Baharu.

Bermula lagi satu fasa yang berbeza dalam kehidupan. Yang sama seperti dahulu, yang tidak tahu sukar atau mudah. Yang tidak pasti.

Apa saja yang boleh kita pastikan dalam hidup? Mungkin hari ini kita berdiri megah, tetapi esok jatuh tersungkur menyembah bumi? Yang pasti, untuk terus-menerus berduka bukan satu pilihan. Untuk terus-menerus menyesal bukan cara untuk memastikan kelangsungan hidup. Untuk menuding jari, tidak kisahlah pada diri sendiri atau orang lain, semestinya bukan tindakan terbaik.

Ya, bila kita sudah nekad, kita sudah pasti, untuk apa menoleh ke belakang dan kembali menyakitkan mata dan hati dengan membiarkan diri melihat yang sudah? 

Pandang ke hadapan, meskipun tiada yang pasti. Pandang ke hadapan, kerana dengan izin Tuhan, ada yang lebih baik sudah diaturkan. Insya Allah.



p/s Esok bangun awal, dan seretlah diri ke pejabat pos. Tapi confirm tidur pukul 4 ke atas lagi. Geh.

Comments

Popular posts from this blog

Masscomm

Serabut.

In just another blink of an eye.