BI0872
Entah sudah berapa kali, tetapi aku masih mengulang frasa "Tuhan itu adil". Adil, cuma kita tidak nampak, kita tidak mampu menilai. Kita salahkan Tuhan itu kejam hanya kerana satu ujian kecil, sedangkan nikmat yang sudah dihulur-Nya begitu banyak hingga tidak mampu dihitung.
Mudahkan kerja orang, insya Allah Dia mudahkan kerja kita. Mungkin kita tidak nampak, mungkin kita tidak akan pernah sedar.
Hari ni, seorang lelaki tua warga Britain mengingatkan aku dengan adil Tuhan. BI872 ke Bandar Seri Begawan lewat lima jam daripada waktu sepatutnya, dan dia datang meminta maaf kerana menunggu. Sedangkan manusia yang biasa pasti akan mengeluarkan perkataan kurang enak, tetapi dia sebaliknya. Katanya begini, "we only do it once, but you have to face it everyday,"
Terima kasih Mr. Bree. Terima kasih kerana mengingatkan aku tidak rugi untuk bersabar, dan tidak rugi untuk terus senyum meski sedang dilanda 1001 masalah. Terima kasih.
Comments
Post a Comment