Pelbagai.
Penat layan perangai manusia yang berbagai. Teman rapat, keluarga, rakan sekerja, ada sahaja yang tidak kena, ada sahaja yang silap. Kadang-kadang pening, kadang-kadang rasa hendak angkat kaki, lari sahaja daripada semua. Penat sangat, agaknya.
Tapi, bila difikir semula, bukan semua yang asyik menunjuk kesalahan itu tidak patut. Bukan semua sindiran itu berniat jahat. Mungkin niatnya ikhlas, walaupun caranya tidak dapat diterima. Mungkin niatnya baik, meskipun caranya kejam. Mungkin.
p/s: Bila sengaja meletakkan diri di bawah, insya Allah kita tidak lupa apabila berada di atas. Wallahu'alam.
Comments
Post a Comment