Ego.

Mudah untuk kita melihat salah jika bukan pada diri sendiri. Mudah untuk kita melihat benar jika pada diri sendiri. Sedangkan diri sendiri tidak mungkin sentiasa benar, dan mereka yang lain tidak sentiasa salah. Sifat kita sukar mahu mengalah, melihat diri sendiri kurang. Sifat kita cuba meletakkan diri sendiri di tempat paling tinggi, dan orang lain di satu sudut paling hina. Kita lupa, siapa pun kita, pengakhirannya nanti serupa. Dikambus tanah, ditiup angin. 

Siapa ibu dan ayah memang mencorak permulaan kita. Sedang kita belajar mengenal dunia, kita lihat sendiri akibat baik buruk sesuatu laku. Bukan cikgu tidak pernah cerita, bukan ustaz tidak pernah menegur, bukan ibu ayah tidak pernah mengingat. Tapi kita sering lupa, kerana kita mahu berada di atas.

Kita ego. Kita sukar untuk melihat dengan mata hati. Kita lihat, dengar dan sebut yang kita percaya, yang kita mahu percaya. Kita berpura-pura tidak tahu, tidak nampak yang benar. Hanya kerana yang benar meletakkan kita di bawah, kita terus-menerus membohongi diri supaya tidak jatuh.

Silap. Itu semua silap. Dan seperti bebelan sebelum ini, Tuhan itu sifat-Nya adil. Cepat, lambat, sekarang atau nanti. Itu sahaja bezanya terhadap akibat setiap sebab. Dan bila Tuhan menjatuhkan hukuman, barulah kita sedar yang selama ini kitalah golongan paling hina nun di bawah sana. Tetapi semuanya sudah terlambat.


p/s Tampar diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Masscomm

Serabut.

In just another blink of an eye.