Posts

Love

Love is seeing all the dark sides but still trying to shed light on it.

Emotion.

I have always wondered why do I have to take all those feelings inside myself, letting it flooding my thoughts, my brain, but on the same time doing or facing something completely different than what I am having in my head? I know for a fact that I am too sensitive when it comes to feeling things and emotion. I know that my thoughts are messed up with all the weirdest emotions at a time. Yet still I didn't stop, yet I'm still letting myself to be having all those emotions. Funny, God made me to be that sensitive, yet not so susceptible to emotions that may ruin my daily routine. I'm so angry that I have punched a wall but I still smile to random strangers. I may have cried my eyes out yet I am still up talking to a friend about something completely different. Is it tiring, or is it lonely that I have all those emotions inside of me but not spilling them out to anyone? Even I don't know the answer. Even I can't say that I'm okay. Maybe I am, but maybe I'm ...

BI0872

Entah sudah berapa kali, tetapi aku masih mengulang frasa "Tuhan itu adil". Adil, cuma kita tidak nampak, kita tidak mampu menilai. Kita salahkan Tuhan itu kejam hanya kerana satu ujian kecil, sedangkan nikmat yang sudah dihulur-Nya begitu banyak hingga tidak mampu dihitung. Mudahkan kerja orang, insya Allah Dia mudahkan kerja kita. Mungkin kita tidak nampak, mungkin kita tidak akan pernah sedar. Hari ni, seorang lelaki tua warga Britain mengingatkan aku dengan adil Tuhan. BI872 ke Bandar Seri Begawan lewat lima jam daripada waktu sepatutnya, dan dia datang meminta maaf kerana menunggu. Sedangkan manusia yang biasa pasti akan mengeluarkan perkataan kurang enak, tetapi dia sebaliknya. Katanya begini, "we only do it once, but you have to face it everyday," Terima kasih Mr. Bree. Terima kasih kerana mengingatkan aku tidak rugi untuk bersabar, dan tidak rugi untuk terus senyum meski sedang dilanda 1001 masalah. Terima kasih.

Graduation.

Hari tu aku terbaca satu Facebook post yang sebut pasal jangan risau kalau grad lambat, sebab Tuhan ada rancangan dia sendiri. Dan sudah semestinya aku teringat masa aku susah payah nak habiskan ijazah ni. Keputusan dah keluar lama, adalah dua, tiga minggu lepas. Tak dapat pun ANC ke, dekan ke, tapi alhamdulillah lepas juga 3.0. Aku tambah satu semester daripada kawan-kawan aku, semata-mata nak habiskan academic writing. Jujur cakap, semester yang sepatutnya aku habiskan benda alah tu semester paling gila untuk aku. Aku tak sampai hati nak cakap apa yang buatkan aku extend, sebab macam salahkan ayah sendiri and tak redha dengan ketentuan Tuhan pulak. Kalau orang tanya pun, jawapan aku paling mudah, tak ada rezeki nak konvo sekali. Tak ada rezeki nak habis awal. Aku tahu je orang rasa aku tak patut kerja part-time masa tu, tapi aku fikir, kalau tak kerja, siapa nak hulur duit minyak kereta nak pergi kelas? Siapa nak tolong bayar printing segala assignment? Kelas sepanjang hari kat fa...

Kawan.

Aku tak suka simpan kawan ramai-ramai. Kalau tanya kenapa, aku pun tak tahu. Bukan tak best bila kau ada satu geng yang sama kepala dengan kau, tapi itulah; aku masih tak minat nak ada kawan ramai. Kalau ikut logik, mestilah aku simpan kawan yang baik dengan aku je kan? Yang tak buat hal dengan aku. Yang jaga aku. Yang boleh terima buruk baik aku. Dan tentunya yang aku selesa dengan dia. Tak jugak sebenarnya. Kawan yang aku simpan, kawan yang aku percaya. Kawan yang aku cari bila aku hadap masalah. Kawan yang takde hal nak buang masa hanya sebab nak bagi aku senyum balik. Percaya bagi aku sangat subjektif. Sedangkan kawan yang aku simpan ni pun, aku tak percaya habis. Tapi, aku percaya satu je: dia ni memang kawan aku. Jangan tanya macam mana aku nilai, sebab aku sendiri susah nak faham. Sebab kawan aku ni ada je tipu aku, buat aku marah, buat aku nangis pun ada jugak. Tapi aku masih percaya, aku masih kata, "kau jela bestfriend aku,". Aku sendiri tak harap pun dapat kawa...

Sesat.

Betul mat saleh kata, what you've give you will get back. Aku tak minta pun jadi macam ni. Aku tak terniat pun nak buat macam ni. Tapi macam manusia lain, aku bukannya kuat sangat. Banyak kurang yang susah nak ditampung. Banyak silap yang dah tak mampu nak dibetulkan. Tapi itulah, kalau tak belajar daripada silap, siapa lagi nak mengajar? Hadap realiti, seberapa ramai kawan baik, keluarga yang sayang sekali pun, pokok pangkalnya pada diri kita sendiri. Mampukah kita untuk menepis semua bisik-bisik jahat syaitan? Mungkin. Tuhan sudah berikan caranya, sudah tunjukkan jalannya. Terpulang kepada kita untuk terus sesat atau berpatah balik dan memulakan semuanya kembali. Wallahu'alam.

Ego.

Mudah untuk kita melihat salah jika bukan pada diri sendiri. Mudah untuk kita melihat benar jika pada diri sendiri. Sedangkan diri sendiri tidak mungkin sentiasa benar, dan mereka yang lain tidak sentiasa salah. Sifat kita sukar mahu mengalah, melihat diri sendiri kurang. Sifat kita cuba meletakkan diri sendiri di tempat paling tinggi, dan orang lain di satu sudut paling hina. Kita lupa, siapa pun kita, pengakhirannya nanti serupa. Dikambus tanah, ditiup angin.  Siapa ibu dan ayah memang mencorak permulaan kita. Sedang kita belajar mengenal dunia, kita lihat sendiri akibat baik buruk sesuatu laku. Bukan cikgu tidak pernah cerita, bukan ustaz tidak pernah menegur, bukan ibu ayah tidak pernah mengingat. Tapi kita sering lupa, kerana kita mahu berada di atas. Kita ego. Kita sukar untuk melihat dengan mata hati. Kita lihat, dengar dan sebut yang kita percaya, yang kita mahu percaya. Kita berpura-pura tidak tahu, tidak nampak yang benar. Hanya kerana yang benar meletakkan kita...