Ubah.

Berdasarkan pengalaman, aku tahu nak ubah cara berfikir adalah benda yang paling susah sekali nak buat. Jangankan nak ubah orang lain, ubah diri sendiri pun dah terkial-kial. Ada orang, kita terangkan sebahagian, sudah mampu untuk mencerna kata-kata nasihat tu dan jadikan nasihat tersebut sebahagian daripada diri kita yang baru. Ada orang, langsung tak boleh terima nasihat; nak tunggu sudah terhantuk baru nak terngadah. Lagi teruk (pada akula), orang yang nampak macam faham dengan nasihat, tetapi terlebih fikir, sehingga nasihat itu jadi sesuatu yang berbeza; dan kesilapan tersebut bukan satu silap, tetapi satu fitrah diri yang tidak boleh diubah.

Kenapa aku cakap yang nombor tiga itu yang paling teruk? Jujurnya, aku adalah orang yang ketiga. Yang pada awalnya menerima nasihat, tetapi kemudian menyalahkan orang yang memberi nasihat, dan mengatakan mereka yang tidak dapat menerima hakikat aku adalah aku.

Jujur, aku masih ada tabiat itu dan aku tahu tabiat yang begitu tidak patut dibanggakan.

Mungkin, seperti aku selalu nyatakan kepada semua, sesetengah orang yang tidak mahu berubah untuk orang lain, perlukan satu pencetus yang sangat kuat, seperti bom nuklear, untuk bangkit daripada segala yang menutupi mata hati dan minda untuk berfikir. Berfikir bahawa perubahan yang dibuat untuk memuaskan hati orang lain, bukanlah satu perubahan yang menenggelamkan identiti kita sendiri. Sebaliknya, sebagai satu cara untuk lebih mengenali diri, dan pada saat kita mula mengenali diri, diri itu adalah yang lebih baik dari sebelumnya.



p/s Tajuk dah macam kempen politik untuk PRU13 lalu. Post ini tiada kena mengena dengan sebarang parti politik, hanya sifat dalam diri manusia itu sendiri. Wallahu'alam.




Comments

Popular posts from this blog

Masscomm

Serabut.

In just another blink of an eye.