Dugaan
Dari depan belakang dugaan datang masa hujung semester. Risau, sakit kepala, takut, usah disebut. Bukan tidak pernah buat kerja di saat terakhir, bukan tidak pernah berjumpa masalah ketika saat terakhir, tetapi sungguh, semester yang tinggal lagi dua hari waktu kuliah ini benar-benar menguji kesabaran dan ketabahan.
Jujurnya, bukan tidak biasa dengan keadaan kelam-kabut akhir semester. Mungkin banyak kejadian semester ini yang menjadikan kesabaran itu menipis, dan ketabahan itu goyah. Semangat belajar usah ditanya, entah sudah terbang ke mana.
Alhamdulillah juga, walaupun ada konflik, ada masalah, sudah lebih separuh tugasan selesai. Kalau ada yang belum sekalipun, tugasan tersebut tidak memerlukan temu janji dibuat sebulan awal, atau 20 muka surat laporan untuk sesuatu yang kita boleh ringkaskan di dalam video lima minit. Masih ada lagi tugasan yang tertangguh, tetapi mujur juga pensyarah memahami, dan hanya meminta untuk pastikan tugasan dihantar, biarpun lewat daripada tarikh akhir sebenar.
Tidak mengapalah, hanya tinggal dua hari untuk kuliah. Selepas itu perlu menghadap nota-nota untuk peperiksaan akhir pula.
p/s Thanks a lot, people.
Comments
Post a Comment