Tolong.

Tuhan ciptakan kita tidak sempurna. Tuhan ciptakan kita serba serbi kurang, supaya kita ingat siapa yang kita patut cari ketika sakit dan sihat, susah dan senang.

Kita senang, kita ingat Tuhan. Kita ucap terima kasih kepada Tuhan. Kita susah, kita mengadu pada Tuhan. Minta kekuatan, minta jalan. Tuhan dengar semua masalah kita. Tuhan nampak apa yang kita lalui. Tuhan faham, bila tiada langsung manusia di sebelah kita. Tuhan faham.

Yang selalunya tidak faham, adalah kita sendiri. Tidak nampak hikmah, sudah mula salahkan Tuhan. Sedangkan Dia punya perancangan yang jauh lebih baik daripada kita.

Jangan salahkan Tuhan. Dia mendengar, pasti Dia tolong. Cuma kita manusia, kadang-kadang kita terlepas pandang pertolongan Tuhan. Cara Dia halus, tanpa kita sedar.

Mana mungkin Tuhan biarkan kita sendiri. Kita sendiri kita mati. Mungkin Tuhan simpankan seorang manusia, yang kita sendiri tidak pernah kenal untuk tolong kita. Mungkin, orang yang kita benci nampak kesusahan kita dan mahu tolong kita. Mana kita tahu, Tuhan yang gerakkan hati mereka untuk tolong kita? Kita tidak tahu, tidak mungkin.

Comments

Popular posts from this blog

Masscomm

Serabut.

In just another blink of an eye.