.........
Tiga tahun sudah, aku berubah dengan drastik. Apa yang buat aku jadi begitu, aku sendiri tidak pasti. Bukannya aku ada kawan baru, suasana baru. Tapi, aku sedar sendiri, aku lagi mudah hendak luahkan apa yang selama ini aku simpan sendiri. Mungkin aku sudah happy, mungkin dua tahun sudah cukup untuk aku terima orang lain. Mungkin. Aku sendiri tidak faham. Aku runsing, aku asyik bertanya, 'siapa aku?'
Aku perhatikan, ada juga yang boleh terima kegilaan aku. Mereka tidak pernah faham logik akal aku, logik aku berfikir. Tidak mengapa, aku tahu masing-masing punya cara berbeza, dan tiada seorang pun yang faham cara aku. Biarkan. Mereka tidak tahu, tidak mengapa.
Tetapi, aku masih juga yang dulu. Yang tidak tahu meluahkan semua. Walaupun orang selalu kata aku terlalu jujur, tetapi mereka tidak pernah lihat air mata aku. Tidak pernah. Faham jauh sekali. Tidak mengapa. Aku jadi tidak peduli.
Mungkin, aku sudah tahu siapa aku sebenarnya. Mungkin, aku mahu berubah, tetapi masih mahu menjadi "aku". Mungkin.
Mungkin juga sampai bila-bila aku tidak mampu faham siapa aku. Tetapi, setiap kali aku keliru dengan semua ini, pasti ada sesuatu yang baru aku belajar. Mungkin itu sudah memadai?
Comments
Post a Comment