Menyesal.

Jujur aku katakan, kalau ditanya aku tidak menyesal untuk ambil keputusan, sudahkah berfikir panjang, jawapan aku: menyesal, sedikit. Berfikir panjang? Hampir tidak. Mungkin kerana perkara lain kalau difikirkan, masih boleh dijangka hasilnya. Masih boleh diteka apa yang akan terjadi. Kerana perkara lain, lebih bersifat objektif. Ya? Tidak? Jawapan dalam bentuk boleh diukur. Mungkin itu sebabnya.

Tetapi, untuk sesuatu yang sangat abstrak, aku hanya mampu berkata, kalau hendak difikirkan penyesalan di kemudian hari, mungkin selamanya aku begini. Mungkin selamanya tiada kemajuan dalam hidup itu sendiri. Jawapan dan jangkaan sangat abstrak, sangat subjektif, sehinggakan tiada yang betul, mahu pun yang salah.

Risiko. Memang benar. Tetapi bukankah risiko yang membuka peluang? Yang membuka mata?

Keputusan sudah dibuat, dan insya Allah, semuanya baik sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Masscomm

Serabut.

In just another blink of an eye.