Relationship.

"Kau kena ingat, kalau kau nak ada relationship yang baik dengan orang lain, kau kena faham setiap kita ni ada kurang dan lebihnya. Yang kurangnya mungkin buat kau benci, yang lebihnya mungkin buat kau cemburu. Tapi jangan lupa, sebab kau sendiri punya kurang dan lebih yang mungkin orang lain tidak mampu terima,"

Ya, kurang aku dan kurang kau mungkin tidak sama sehingga aku sendiri tertanya-tanya kenapa kau masih ada, dan aku tidak angkat kaki. Tetapi mungkin kerana kita cuba telan yang kurang walaupun pahit, kerana yang lebih sudah mengatasi segalanya.


p/s Dialog di atas bersifat universal, dan boleh diguna pakai untuk mana-mana bentuk hubungan daripada profesional sehingga yang rapat. Wallahu'alam.

Comments

Popular posts from this blog

Masscomm

Serabut.

In just another blink of an eye.