Adil.

Bagaimana kita hendak menilai adil? Adakah sama rata itu adil? Adakah dengan membalas balik satu-satu perbuatan itu adil?

Bila ditanya bagaimana hendak menjadi adil dalam keputusan, kita sering kali mengukur adil daripada perspektif kita sendiri. "Aku rasa, kalau aku buat setakat yang aku mampu, lebih adil daripada aku berdiam diri," Soalnya, adakah dengan sekadar mengambil tindakan itu adil?

Adilkah kita pada ibu bapa kita? Adilkah kita kepada keluarga? Adilkah kita kepada kawan, rakan sekerja? Adilkah kita kepada orang yang kebetulan beratur di belakang kita ketika kita sedang memandu?

"Hari ni, aku penat. Aku tak larat nak bawak kereta elok-elok,"
"Hari ni, mood tak baik, kena marah dengan bos. Kalau anak-anak tak reti diam, nanti aku naikkan tangan,"

Dan 1001 lagi dialog, untuk menjustifikasi "adil".

Adil pada mata siapa? Kita memang bukan Tuhan, kita tidak mampu untuk jadi adil sepenuhnya. Bagaimana orang lain hendak memahami kenapa "dia bad mood" sedangkan orang lain juga punya masalah yang memberatkan kepala? 

Kalau kita begini, kita pentingkan diri. Itu bukan adil. Itu mengikut perasaan. Kenapa kita perlu marah kepada orang yang tiada kaitan, hanya kerana kita ada masalah kecil, hanya kerana "bad mood"? Bayangkan, jika orang lain bertindak mengikut angin. Kita sendiri mengata, kita sendiri mengeji.



p/s Ayah kata, jangan buat kat orang, nanti orang buat kat kita. Walaupun orang tu dah buat kat kita dulu.

Comments

Popular posts from this blog

Masscomm

Serabut.

In just another blink of an eye.