SNS

Jenuh tengok news feed, scroll Instagram pulak. Dah puas tengok awek ni seksi sangat, lepas ni boleh beli kasut ni, pegi check timeline pulak. Dah bosan kutuk dalam hati kata orang ni takde life, orang ni kena belajar manage time, post kat Wechat pulak.

Apa, beratus, beribu orang yang di-friend/ follow tu mampu bayar gaji kau? Tadah telinga bila kau mengadu susah? Suapkan kau makan bila kau sakit? Bergolok gadai untuk tolong kau? Ada di sebelah, through thick and thin, sekali pun kerjanya hanya komen dan membetulkan segala silap kau sehingga kau rasa tiada betul dimatanya?

Untuk apa peduli. Orang ini, yang sering ada di sebelah selalu terlepas pandang. Yang jauh, yang sementara itu tampak lebih menarik.

Ya, yang jauh, yang sementara buat kau senyum, buat kau ketawa, tetapi mereka belum tentu mahu berada di sebelah di saat susah. Mungkin itu sebab kita lupa, sebab yang sementara itu yang seronok, dan kita manusia, hanya mahu ingat yang seronok saja.


P/s Ingatlah orang yang tersayang.

Comments

Popular posts from this blog

Masscomm

Serabut.

In just another blink of an eye.