Posts

Showing posts from 2015

Emotion.

I have always wondered why do I have to take all those feelings inside myself, letting it flooding my thoughts, my brain, but on the same time doing or facing something completely different than what I am having in my head? I know for a fact that I am too sensitive when it comes to feeling things and emotion. I know that my thoughts are messed up with all the weirdest emotions at a time. Yet still I didn't stop, yet I'm still letting myself to be having all those emotions. Funny, God made me to be that sensitive, yet not so susceptible to emotions that may ruin my daily routine. I'm so angry that I have punched a wall but I still smile to random strangers. I may have cried my eyes out yet I am still up talking to a friend about something completely different. Is it tiring, or is it lonely that I have all those emotions inside of me but not spilling them out to anyone? Even I don't know the answer. Even I can't say that I'm okay. Maybe I am, but maybe I'm

BI0872

Entah sudah berapa kali, tetapi aku masih mengulang frasa "Tuhan itu adil". Adil, cuma kita tidak nampak, kita tidak mampu menilai. Kita salahkan Tuhan itu kejam hanya kerana satu ujian kecil, sedangkan nikmat yang sudah dihulur-Nya begitu banyak hingga tidak mampu dihitung. Mudahkan kerja orang, insya Allah Dia mudahkan kerja kita. Mungkin kita tidak nampak, mungkin kita tidak akan pernah sedar. Hari ni, seorang lelaki tua warga Britain mengingatkan aku dengan adil Tuhan. BI872 ke Bandar Seri Begawan lewat lima jam daripada waktu sepatutnya, dan dia datang meminta maaf kerana menunggu. Sedangkan manusia yang biasa pasti akan mengeluarkan perkataan kurang enak, tetapi dia sebaliknya. Katanya begini, "we only do it once, but you have to face it everyday," Terima kasih Mr. Bree. Terima kasih kerana mengingatkan aku tidak rugi untuk bersabar, dan tidak rugi untuk terus senyum meski sedang dilanda 1001 masalah. Terima kasih.

Graduation.

Hari tu aku terbaca satu Facebook post yang sebut pasal jangan risau kalau grad lambat, sebab Tuhan ada rancangan dia sendiri. Dan sudah semestinya aku teringat masa aku susah payah nak habiskan ijazah ni. Keputusan dah keluar lama, adalah dua, tiga minggu lepas. Tak dapat pun ANC ke, dekan ke, tapi alhamdulillah lepas juga 3.0. Aku tambah satu semester daripada kawan-kawan aku, semata-mata nak habiskan academic writing. Jujur cakap, semester yang sepatutnya aku habiskan benda alah tu semester paling gila untuk aku. Aku tak sampai hati nak cakap apa yang buatkan aku extend, sebab macam salahkan ayah sendiri and tak redha dengan ketentuan Tuhan pulak. Kalau orang tanya pun, jawapan aku paling mudah, tak ada rezeki nak konvo sekali. Tak ada rezeki nak habis awal. Aku tahu je orang rasa aku tak patut kerja part-time masa tu, tapi aku fikir, kalau tak kerja, siapa nak hulur duit minyak kereta nak pergi kelas? Siapa nak tolong bayar printing segala assignment? Kelas sepanjang hari kat fa

Kawan.

Aku tak suka simpan kawan ramai-ramai. Kalau tanya kenapa, aku pun tak tahu. Bukan tak best bila kau ada satu geng yang sama kepala dengan kau, tapi itulah; aku masih tak minat nak ada kawan ramai. Kalau ikut logik, mestilah aku simpan kawan yang baik dengan aku je kan? Yang tak buat hal dengan aku. Yang jaga aku. Yang boleh terima buruk baik aku. Dan tentunya yang aku selesa dengan dia. Tak jugak sebenarnya. Kawan yang aku simpan, kawan yang aku percaya. Kawan yang aku cari bila aku hadap masalah. Kawan yang takde hal nak buang masa hanya sebab nak bagi aku senyum balik. Percaya bagi aku sangat subjektif. Sedangkan kawan yang aku simpan ni pun, aku tak percaya habis. Tapi, aku percaya satu je: dia ni memang kawan aku. Jangan tanya macam mana aku nilai, sebab aku sendiri susah nak faham. Sebab kawan aku ni ada je tipu aku, buat aku marah, buat aku nangis pun ada jugak. Tapi aku masih percaya, aku masih kata, "kau jela bestfriend aku,". Aku sendiri tak harap pun dapat kawa

Sesat.

Betul mat saleh kata, what you've give you will get back. Aku tak minta pun jadi macam ni. Aku tak terniat pun nak buat macam ni. Tapi macam manusia lain, aku bukannya kuat sangat. Banyak kurang yang susah nak ditampung. Banyak silap yang dah tak mampu nak dibetulkan. Tapi itulah, kalau tak belajar daripada silap, siapa lagi nak mengajar? Hadap realiti, seberapa ramai kawan baik, keluarga yang sayang sekali pun, pokok pangkalnya pada diri kita sendiri. Mampukah kita untuk menepis semua bisik-bisik jahat syaitan? Mungkin. Tuhan sudah berikan caranya, sudah tunjukkan jalannya. Terpulang kepada kita untuk terus sesat atau berpatah balik dan memulakan semuanya kembali. Wallahu'alam.

Ego.

Mudah untuk kita melihat salah jika bukan pada diri sendiri. Mudah untuk kita melihat benar jika pada diri sendiri. Sedangkan diri sendiri tidak mungkin sentiasa benar, dan mereka yang lain tidak sentiasa salah. Sifat kita sukar mahu mengalah, melihat diri sendiri kurang. Sifat kita cuba meletakkan diri sendiri di tempat paling tinggi, dan orang lain di satu sudut paling hina. Kita lupa, siapa pun kita, pengakhirannya nanti serupa. Dikambus tanah, ditiup angin.  Siapa ibu dan ayah memang mencorak permulaan kita. Sedang kita belajar mengenal dunia, kita lihat sendiri akibat baik buruk sesuatu laku. Bukan cikgu tidak pernah cerita, bukan ustaz tidak pernah menegur, bukan ibu ayah tidak pernah mengingat. Tapi kita sering lupa, kerana kita mahu berada di atas. Kita ego. Kita sukar untuk melihat dengan mata hati. Kita lihat, dengar dan sebut yang kita percaya, yang kita mahu percaya. Kita berpura-pura tidak tahu, tidak nampak yang benar. Hanya kerana yang benar meletakkan kita di

Pernah.

Pernah kau rasa, semua benda dalam dunia tak adil dan kau marah Tuhan sebab susahkan hidup kau? Pernah kau rasa, Tuhan baik sangat dengan kau sampai kau menangis rasa kau hina dan tak layak semua tu? Pernah kau teringat, kau tengking mak kau dan kau menangis dengan rasa bersalah sebab mak kau dah tak ada? Pernah kau rasa, nampak pengemis di tepi jalan dan kau fikir, carilah kerja sementara badan masih sihat? Pernah? Manusia sifatnya lemah. Selalu lupa yang mereka tidak akan selamanya di atas, sering tersedar apabila sudah di bawah. Manusia sifatnya lupa, kita perlu ingat diri sendiri dan masing-masing. Manusia juga sifatnya berubah. Tidak mustahil yang baik menjadi jahat, dan jahat menjadi baik.

Blessings

I am blessed. So are you. Everyone has blessings from Him. All in different ways, because He knows which blessing is better. But we don't. And we like to curse the blessing, saying that it's His wrath. Be grateful, we never would think that we are missing anything that we have. Why mourn over something we don't have; don't need?

Adil.

Nilaian adil hanya pada Tuhan, sebab manusia sifatnya berat sebelah. Jangan dinilai apa yang tidak nampak, sebaliknya hargai apa yang di depan mata walau sebesar zarah. Mungkin pada Tuhan, nilai zarah itu lebih besar pada-Nya? Wallahu'alam.

Tired.

Because differences should make us a better person. Because it should make us more aware of what we needed to do. Because it should make us appreciate everything before it's too late, and there's no turning back time. Because to me, it doesn't matter how much money you spend, how great is your look, or how much you can give. Because in the end, what matters is what you should have said, how much time did you spend, and your effort as proof to the words you yourself have thrown around. Apparently, promises are just like words on flyers. Often times thrown into the bin. p/s How many times do I have to go through this until you understand what is the real problem?

Noktah.

Noktah. Titik. Penyudah. Tanda tamat, tanda bermula sesuatu yang berbeza. Tanda bila kita perlu letakkan sesuatu di belakang kerana selepas noktah itu ada sesuatu yang baru.

Lepas Tangan.

Yang bila segalanya kau mahu mudah, kau hempukkan sahaja di atas bahu yang lain? Sedangkan itu tanggungjawab kau? Sekarang sudah timbul masalah, salahnya pada yang dibebankan? Adil benar penilaian kau. Mungkin aku tersilap ukur, tersalah mengagak. p/s Takpe, kita chill je. Sabar ye.

Kawan.

Jujur cakap, aku rindu mahu berborak sehingga kedengaran azan Subuh dengan kau. Lepak-lepak seperti anak muda yang tiada arah tuju dalam hidup. Mengumpat, bergosip tentang orang lain tanpa bercermin terlebih dahulu bersama. Aku rindu. Rindu kerana tidak ramai manusia yang mendengar setiap bebelan dan perkataan bukan-bukan yang aku lontarkan tanpa prejudis. Mudah untuk menadah telinga dan menelan semua, tetapi untuk tidak prejudis? Jarang sekali. Kau tidak takut dengan apa yang aku tahu. Kau tidak peduli. Kau dengan dunia kau yang tersendiri. Aku tahu sekian banyak tentang kau, tetapi mustahil untuk aku simpulkan. Dan mungkin juga, kerana itu, kita bukan lagi seperti dulu. Dan aku doakan kau terbuka hati, tercelik mata untuk lihat bagaimana dunia tidak sepolos diri kau.

Signs.

We usually displayed our emotions on "signboards". When in public, we tried to keep it at the same size and colour as everyone else, in order not to stand out and be noticed. Because everyone's signboard has different writings on it, despite being the same colour and size. In public, showing excessive amount of emotions is uncalled for, to the point of being a freak. Like how someone is feeling sad, and is putting up the signboard (messy hair/ clothes, tears in eyes, etc,) with different colours, people will definitely avoid that someone. Because you are the one who put up the sign. Other citizens are simply abiding the law by obeying the signboard.

Mok.

Image
Ni gambar candid sebenarnya. Ahad 8 Februari 2015, Seoul Garden IOI City Mall. Nampak tak kegigihan bila nak makan tu? Hahahaha Okay. Sebenarnya ingat nak post kat Instagram, tapi macam mainstream sangat plus tak ada orang baca sangat blog ni pun. Ready? In all honesty, aku sebenarnya nak tahu macam mana orang lain boleh gaduh dengan partner dia, make up, apologise and move on. Tak faham. Maybe other people are not as crazy as I am? Yeah, maybe. Honest? Kadang-kadang aku rasa penat sangat nak teruskan semua ni. Penat sangat gaduh, padahal jumpa sebulan, dua bulan sekali. Dulu-dulu lagilah, sampai setengah tahun tak jumpa langsung. Tapi gaduh every three days. Mengarut betul. Kelakar juga sebenarnya kalau ingat balik. Benda kecil-sekecilnya, tapi boleh jadi isu besar. Then again, that was one of my specialty. I see little things as the bigger part, which is something that I emphasised on some of my previous posts. He knows, and when he's too tired to deal w

Tipu.

Jangan ditanya macam mana aku tahu, dari mana aku dapat info, kerana selalunya datang tanpa dicari, dipanggil, apa lagi disuruh. Tetapi, selepas sekali ditipu, semestinya aku usaha lebih untuk pastikan pisang tidak berbuah dua kali dan aku tidak menjadi bodoh untuk percaya. Kau benci aku ada di mana-mana ibarat bayang-bayang? Itu tandanya kewujudan aku sudah tidak perlu. Tandanya kewujudan aku perlu dicatu. Bagi aku, selamanya atau tidak langsung. Tiada di antara. Terpulang pada diri kau sendiri. P/s Jujurnya, aku sudah letih hendak mengikut rentak orang kerana rentaknya berubah tanpa sebarang notis.

Kuat.

Puas menangis. Aku penat. Aku takkan tahu, betul atau salah keputusan yang aku buat. Aku hanya boleh cuba untuk ke hadapan. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini, mungkin ada yang lebih baik Tuhan sudah aturkan. Sabarlah wahai hati. Kuatkan semangat.

Menyesal.

Jika ditanya, adakah aku menyesal? Tidak. Sama sekali tidak. Hanya terkilan. Kecewa. Dan ini, jika masih ada kesempatan, mungkin diberi atas dasar kawan baik. Siapa yang mahu hilang kawan baik?

Baharu.

Bermula lagi satu fasa yang berbeza dalam kehidupan. Yang sama seperti dahulu, yang tidak tahu sukar atau mudah. Yang tidak pasti. Apa saja yang boleh kita pastikan dalam hidup? Mungkin hari ini kita berdiri megah, tetapi esok jatuh tersungkur menyembah bumi? Yang pasti, untuk terus-menerus berduka bukan satu pilihan. Untuk terus-menerus menyesal bukan cara untuk memastikan kelangsungan hidup. Untuk menuding jari, tidak kisahlah pada diri sendiri atau orang lain, semestinya bukan tindakan terbaik. Ya, bila kita sudah nekad, kita sudah pasti, untuk apa menoleh ke belakang dan kembali menyakitkan mata dan hati dengan membiarkan diri melihat yang sudah?  Pandang ke hadapan, meskipun tiada yang pasti. Pandang ke hadapan, kerana dengan izin Tuhan, ada yang lebih baik sudah diaturkan. Insya Allah. p/s Esok bangun awal, dan seretlah diri ke pejabat pos. Tapi confirm tidur pukul 4 ke atas lagi. Geh.

Hipokrit.

"What have you done?!" Errrr, jadi diri aku sendiri? Tak reti la nak hipokrit ni. Dan disebabkan aku somehow boleh manipulate orang (kata orang la, bukan kata aku) so aku lagi suka kalau takde yang cuba dekat. Sebab kalau yang "biasa-biasa" nanti habis aku guna sampai kering. Jadi, belajarlah untuk menjadi diri sendiri. Kalau suka, sukalah. Kalau benci, tak payah nak ikut trend. P/s Bodoh ah trend. Trend sekarang kena curah semua benda online tapi sorok from certain people ke? Hmm, kena belajar ni.

Stand up.

Slowly but surely, I'll be fine standing here by myself, on my own.

Terasa

Banyak sangat simpan dalam hati, banyak sangat kecil hati, banyak sangat makan hati. Kalau sendiri, sudah sedar tiada tiang, perlu kuat tanpa ada tempat untuk bersandar. Bila ada tiang, jadi manja, dan sepanjang masa bersandar ibarat tiada lagi tenaga untuk berdiri sendiri. Dan bila tiang yang diharap mula reput, tidak sedar diri sendiri makin condong. Silap haribulan, jatuh mencium bumi.