Dua, tiga hari lepas, kat Twitter heboh orang kutuk budak masscomm. Macam-macam provoke aku jumpa, orang butthurt, orang tak kisah, orang yang pujuk orang butthurt cakap "masscomm awesome", macam-macam lagila. Orang lain maybe tak peduli pun pasal benda ni, tapi yela, kalau dah kena kutuk, mestilah nak bela diri sendiri balik, kan? Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media dengan Kepujian (Kewartawanan). Tu course aku. Aku tak cakap aku budak masscomm dah, aku cakap aku budak Journalism. Sebab apa? Sebab fundamental masscomm dah belajar masa diploma. Masa diploma, yup, aku budak masscomm. (Sekarang pun masscomm, tapi dah ada major). Sebagai budak yang dulunya suka Fizik dan bercita-cita nak sambung belajar Fizik dan kerja dalam bidang Fizik (astronomi ye, tapi kata orang macam far-fetched sangat), aku boleh nampak beza susah senang Fizik (atau subjek Sains in general la) dengan masscomm ni. Memang betul pun belajar masscomm ni senang je, tak macam belaja...
Sebab lebih banyak susah daripada senang, aku risau satu hari nanti bila kita toleh ke belakang, dan terdetik, "semua ini tidak berbaloi." Ya, aku risau. Bukan pada aku tidak berbaloi, pada kau. Mampukah kau untuk terus optimis, pandang ke hadapan dan berkata, "semua ini ibarat angan-angan jadi kenyataan?" P/s Emo. Over gila nak emo start daripada benda paling kecil.
Satu hari nanti, kalau ada masa, aku nak jejak semula pulau kecil di Borneo tu. Bukan sekadar jejak dan shopping, tapi aku nak pergi satu-satu tempat yang pernah aku tinggal, singgah, bermain, menangis dan ketawa dulu. Hujung tahun 1997, sampailah tengah tahun 2010. Hujung 2009, aku dah pun keluar dari pulau, nak cari sesuatu yang baru. Pulang semula tengah 2010; sekejap saja, nak uruskan semua barang untuk berpindah. Mungkin berbelas tahun di pulau kecil tu tak banyak yang aku ingat. Mungkin berbelas tahun di pulau kecil tu aku masih tak belajar nak terus berhubung dengan semua orang. Mungkin berbelas tahun di pulau tu dah ajar banyak benda, cuma aku saja yang belum sedar. Mungkin, selain daripada dialek tempatan, aku belajar untuk tak mendiskriminasi orang lain, hanya kerana mereka bangsa berbeza, agama berbeza, dengan adat yang berbeza. Sekolah rendah: dua sekolah berbeza. Sekolah agama juga macam tu. Sekolah menengah, cuma satu, lima tahun, dengan kawan-kawan yang enta...
Comments
Post a Comment