Dua, tiga hari lepas, kat Twitter heboh orang kutuk budak masscomm. Macam-macam provoke aku jumpa, orang butthurt, orang tak kisah, orang yang pujuk orang butthurt cakap "masscomm awesome", macam-macam lagila. Orang lain maybe tak peduli pun pasal benda ni, tapi yela, kalau dah kena kutuk, mestilah nak bela diri sendiri balik, kan? Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media dengan Kepujian (Kewartawanan). Tu course aku. Aku tak cakap aku budak masscomm dah, aku cakap aku budak Journalism. Sebab apa? Sebab fundamental masscomm dah belajar masa diploma. Masa diploma, yup, aku budak masscomm. (Sekarang pun masscomm, tapi dah ada major). Sebagai budak yang dulunya suka Fizik dan bercita-cita nak sambung belajar Fizik dan kerja dalam bidang Fizik (astronomi ye, tapi kata orang macam far-fetched sangat), aku boleh nampak beza susah senang Fizik (atau subjek Sains in general la) dengan masscomm ni. Memang betul pun belajar masscomm ni senang je, tak macam belaja...
Saya tidak lagi punya alasan, punya bukti dan hujah untuk pertahan diri, saya cuma ada kata maaf. Mohon maaf kerana sering menjadi pencetus pergaduhan. Mohon maaf kerana sering tidak memahami. Mohon maaf kerana pada masa yang sama minta untuk difahami. Mohon maaf kerana sering mencari silap. Mohon maaf kerana bersifat anak-anak. Mohon maaf kerana terlalu pentingkan diri. Mohon maaf kerana terlalu memaksa. Mohon maaf kerana selalu terlupa kita masing-masing punya tanggungjawab berbeza. Mohon maaf, dan akan cuba lebih baik lagi. Apa lagi yang tinggal, kalau satu-satunya yang ada itu pergi begitu sahaja?
Sesekali, ada rasa terkilan bila teringat diri sendiri tak seperti perempuan biasa. Yang cakapnya baik-baik, yang obses dengan penampilan, yang tahu ada sesetengah perkara tidak patut dilakukan, hanya kerana telah dilahirkan sebagai perempuan. Bila umur sudah melebihi 20, terfikir juga: bila lagi hendak belajar berkelakuan seperti perempuan yang sepatutnya? Bila sudah 20, sudah dewasa, bukannya kanak-kanak atau remaja, pasti orang lain akan mengata. Pasti orang lain akan menyebut. Umur sudah 23, mustahil masih boleh terlepas daripada pandangan sinis apabila berpakaian seluar jeans, t-shirt dan selipar dan bercakap kasar seperti lelaki. Bukan tidak pernah cuba untuk jadi lebih feminin (hadoi, nak muntah rasa), tetapi untuk apa menipu diri sendiri dan orang lain? Mungkin perawakan kasar tidak mencerminkan keperibadian perempuan yang sebenarnya, tetapi sekurang-kurangnya menjadi diri sendiri. Bukan meniru orang lain, sehingga identiti sendiri hilang dalam penipuan. ...
Comments
Post a Comment