Bab Pertama.
Bab pertama dalam buku baru tinggal lebih kurang dua minggu setengah. Masih belum pasti apa yang akan dibawa ke bab kedua, apa yang akan menjadi kenangan di bab satu. Perubahan itu pasti, namun apa yang berubah masih belum mampu ditafsir. Biarlah masa menjadi penentu.
p/s Pagi tadi paper pertama, alhamdulillah. Dah mula berangan nak cari kerja untuk cuti, dan berkira-kira bagaimana barang yang sekian banyak itu hendak diangkut kembali ke rumah. Dan lagi, alhamdulillah juga kerana permohonan untuk bertukar mama sudah diluluskan. Mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian. Wallahu 'alam.
Comments
Post a Comment