Pemimpin.

Tugas pemimpin yang kita semua tahu:

  1. Pastikan peraturan dalam komuniti dilaksanakan
  2. Leraikan perselisihan, pergaduhan dan yang sewaktu dengannya,
  3. Jaga imej komuniti.

Yang dekat atas tu, sebahagian je. Banyak je lagi yang kita boleh senaraikan, sebab semua tu terpulang pada komuniti tersebut. Jujur cakap, post yang ini memang ditujukan kepada orang. Tak perlu rasanya nak cakap berlapik-lapik macam nak jaga hati orang. 

Macam ni, Jumaat lepas, sequence Journalism buat event makan-makan, saja-saja nak kenal dengan pelajar Journalism lain. Aku bukan sebahagian daripada Journalism Society punya committee. Aku student biasa, yang dulu tak pernah nak peduli apa jadi dalam Masscomm ni. Tapi, hari event tu, memang buat aku kecewa, dan buatkan aku teringat kenapa aku tak nak join event yang pelajar Masscomm ni buat. 

Pertama: Masa persediaan, aku tolong classmate/ committee aku ambik makanan. Bila kami sampai, tak ada orang datang, tolong kami angkat semua makanan tu. Sudahnya kami ulang-alik angkat plastik makanan yang banyak tu. Presiden jenguk kereta, dan cakap, "Aku nak ambik barang kat kereta jap," dan terus pergi, macam tu je. 

Kedua: Aku nampak ada 3, 4 orang perempuan, duduk sahaja dan gelak-gelak. Aku nampak seorang lelaki tengah hias pentas. Tak ada siapa tawar diri nak tolong dia. Aku yakin dan pasti, perempuan yang aku sebut tadi sebahagian daripada committees. 

Ketiga: Pukul lapan malam, ada beberapa orang berkumpul dekat meja makanan ringan, untuk susun, dan sediakan meja tu. Naib kami, yang aku tak tau apa kerjanya, datang ke meja tu dan cakap, "Ada sape-sape free tak? Boleh tolong Lola angkat barang?" dan dia, ke hulur hilir, cuma tersengih dan komen pakaian orang lain ikut tema atau tidak. Apa kerja dia? Mungkin dia dah banyak membantu untuk kertas kerja, dapatkan tempat? Mungkin? 

Keempat: VIP (pensyarah je) datang jam 8.30 malam. Katanya, committee pesan jam 8.30, jadi 8.30 dia sudah terpacak. Pelajar ada yang sudah datang, tapi majlis? Harap maaf, committees kami sedang sibuk bersosial, terlupa ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. 

Kelima: Majlis sedang berjalan, dan seperti adat kebiasaan majlis yang diuruskan pelajar, presiden biasanya akan duduk di meja VIP. Pertengahan majlis, presiden bangun, pergi ke meja makanan, dan berkata, "Haris, kau pergi teman Encik Abu pulak. Aku dah penat, turn kau la pulak,". Di mana dia belajar protokol dan adab sopan? Harap maaf, saya bukan committee, saya pelajar biasa. 

Keenam: Majlis selesai, pelajar sudah beransur pulang, dan sebahagian sibuk mengemas. Usai mengemas, kami bergerak pulang. Presiden boleh tegur committees yang lain (takkan tegur aku, dah sah-sah aku bukan committee) dan cakap, "Rasa bersalah pulak korang tak ada dalam gambar,". Jujur ya, aku ketawa besar. Ketawa macam dah tak ada benda yang lagi lucu yang pernah aku jumpa. 

Apa tujuan post ni? Sebagai pelajar biasa, aku ada hak untuk kritik pemimpin bila kerja yang dibuat tidak baik. Sebagai pemimpin yang juga manusia biasa yang juga belajar, apalah salahnya bertanya jika tidak tahu? Bodoh jika bertanya, boleh dimaafkan. Bodoh sombong? Baik berhenti belajar dan cari kerja sendiri, jangan jumpa orang. 

p/s Buat event tak formal pun, kalau dah VIP, kenalah ada protokolnya.

pp/s Lepas ni tak nak dah edit post kat phone. Sakit jiwa aku dibuatnya.


Comments

Popular posts from this blog

Masscomm

Serabut.

In just another blink of an eye.