Hilang
Pernah tak berangan apa yang kita nak jadi satu hari nanti? Mesti pernah kan?
Pernah tak simpan azam, dan berusaha untuk capai impian tu?
Mungkin pernah, tapi tersungkur. Mungkin tidak, dan cuma ikut apa yang diberi.
Pernah tak, sudah simpan azam, sudah berusaha. Sedikit sahaja lagi untuk capai impian. Mungkin jika impian hendak menjadi doktor, sekarang sudah buat praktikal di hospital. Mungkin jika impian hendak jadi peguam, sekarang sedang buat chambering di syarikat guaman.
Tetapi, ketika impian itu sudah betul dalam tangan, cuma tinggal untuk gerakkan jari dan genggam impian itu, tiba-tiba rasa, tenaga itu hilang. Tidak pula tahu ke mana perginya.
Dulu tanam azam, simpan cita-cita. Hati sudah nekad, inilah masa depan aku. Bila sudah begitu hampir, sangat hampir, secara tiba-tiba semangat hilang. Hendak dikata motivasi sudah hilang, tidak juga. Saban hari masih lagi gagah ke kelas, memandu sejauhnya, kalah orang sudah bekerja sepenuh masa.
Mungkin sudah tawar hati dengan media. Mungkin masih mahu mengikuti perkembangan semasa industri media, tetapi bukannya bekerjaya dalam media. Mungkin mahu sesuatu yang lebih mudah, cuma tidak pasti apa. Buat masa sekarang, masih belum ada pilihan.
Terima sahajalah hakikat, begitu?
Comments
Post a Comment