Penat.
"Eh, awak kerja?"
Ops, kan pensyarah dah tanya. Yela, mana ada pelajar yang waras mahu kerja bila tengok jam kreditnya sehingga 28 untuk satu semester.
Hmm.
Tapi, kalau difikir-fikir, tak pula rasa bekerja tu mengganggu. Mungkin atas sebab kerja hanya pada hujung minggu, dan ada minggu cuma bekerja selama sehari. Tak mungkin penat, kerana sekali kerja cuma 8 jam.
Jujurnya, yang penat bukan disebabkan berulang dengan kereta, bukan juga kerja pada hujung minggu, apa lagi tugasan yang sekian banyak. Tidak. Yang penat, bila ada jarak antara kelas sehingga 6 jam, dan tidak tahu hendak ke mana, buat apa. Kalau sudah mengantuk sangat, gagahkan juga balik ke rumah. Biasanya, kalau kelas petang, kalau tidak tidur tengahari, pasti rasa mata maca digam.
Tak mengapalah, pengorbanan belajar.
p/s Kerja seronok, belajar menarik. Bukannya kerja semata-mata duit, bukan juga belajar semata-mata hendak cari kerja. :)
Comments
Post a Comment