Dua, tiga hari lepas, kat Twitter heboh orang kutuk budak masscomm. Macam-macam provoke aku jumpa, orang butthurt, orang tak kisah, orang yang pujuk orang butthurt cakap "masscomm awesome", macam-macam lagila. Orang lain maybe tak peduli pun pasal benda ni, tapi yela, kalau dah kena kutuk, mestilah nak bela diri sendiri balik, kan? Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media dengan Kepujian (Kewartawanan). Tu course aku. Aku tak cakap aku budak masscomm dah, aku cakap aku budak Journalism. Sebab apa? Sebab fundamental masscomm dah belajar masa diploma. Masa diploma, yup, aku budak masscomm. (Sekarang pun masscomm, tapi dah ada major). Sebagai budak yang dulunya suka Fizik dan bercita-cita nak sambung belajar Fizik dan kerja dalam bidang Fizik (astronomi ye, tapi kata orang macam far-fetched sangat), aku boleh nampak beza susah senang Fizik (atau subjek Sains in general la) dengan masscomm ni. Memang betul pun belajar masscomm ni senang je, tak macam belaja...
Kepala serabut. Bukannya kerana tugasan sudah mula menimbun. Bukan juga sudah mula berasa penat kerana terpaksa berulang dari rumah ke kampus. (Rumah-kampus: 28km. Baru teringat hendak kira kilometer tengahari tadi.) Bukan juga masalah dengan kawan, bukan juga masalah dengan manusia lain. Masalahnya dalam diri sendiri. Bila kepala terlalu banyak berfikir, bila kepala tidak faham bahasa dan berhenti berfikir, mulalah merungut kepala serabut. Payah jadi manusia yang tidak tahu bila hendak berhenti berfikir, tetapi tidak pernah berfikir sebelum bercakap. Bukan seorang dua pernah berpesan, tak perlulah fikir banyak sangat. Bukan tidak pernah cuba, tetapi setiap kali kepala hendak shut down , untuk tidur, ketika itu datang idea baru untuk perkara lama. Dan idea baru itu akan dibahaskan dalam kepala sendiri, sehinggalah mata benar-benar mengantuk dan otak terlalu penat dan akhirnya tertidur begitu sahaja. Bila bangun pagi, badan automatik akan bersiap, ambil beg, salam tang...
When I was at lowest point of my life, I'd like to think that everything is unfair. I'd like to think that fate cannot be changed. I'd like to think that I'm going to be in despair forever. How stupid. Wasn't I the one who said that no matter how unlucky my life is, there will always be someone who is worse than me but are still smiling? That the term unlucky is only for the pessimist. That the fact of whether how much luck we have depended on how we get through everything in life. True, I had my share of bad days. True, I've lost things along my life. True, some of them are because of myself. Only to find out that I can enjoy the next normal day because I had my share of bad days. Only to find out that in order to gain some, I have to lose some. Only to learn that making mistakes is how I make myself better. What are you afraid of? You think that the problems you've seen are something you can't handle? Why do you think you can't han...
Comments
Post a Comment