Pengalaman
Sedar tak sedar sudah hampir empat bulan bekerja sambilan.
Sedar tak sedar sudah hampir sebulan kelas bermula dan aku masih bekerja.
Sedar tak sedar pelbagai ragam manusia aku jumpa.
Sedar tak sedar bermacam-macam ilmu aku peroleh.
Sedar tak sedar aku sudah banyak berubah.
Tak kisahlah buruk atau baik pengalaman yang ada, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dijadikan teladan, dijadikan sempadan. Mungkin aku berubah menjadi seorang yang berbeza, tetapi apa salahnya perbezaan jika kepada yang lebih positif.
Tiada yang pasti, namun satu yang aku yakin; pengalaman ini semua akan jadi sesuatu yang tidak mungkin boleh dilepaskan.
p/s: Mahu sahkan teori, kenalah ada amalinya. (Ayat jiwang nak mampus, pui.)
Comments
Post a Comment