Maaf.

Saya tidak lagi punya alasan, punya bukti dan hujah untuk pertahan diri, saya cuma ada kata maaf. 

Mohon maaf kerana sering menjadi pencetus pergaduhan.
Mohon maaf kerana sering tidak memahami.
Mohon maaf kerana pada masa yang sama minta untuk difahami.
Mohon maaf kerana sering mencari silap.
Mohon maaf kerana bersifat anak-anak.
Mohon maaf kerana terlalu pentingkan diri.
Mohon maaf kerana terlalu memaksa.
Mohon maaf kerana selalu terlupa kita masing-masing punya tanggungjawab berbeza.
Mohon maaf, dan akan cuba lebih baik lagi.


Apa lagi yang tinggal, kalau satu-satunya yang ada itu pergi begitu sahaja? 

Comments

Popular posts from this blog

Masscomm

Serabut.

In just another blink of an eye.