Susah.
"Jangan susahkan orang kalau taknak orang susahkan kita."
Aku tak ingat bila, ayah cakap macam ni dekat aku. Kalau tak silap, bendanya remeh sahaja. Aku suruh ayah potong kereta depan supaya kami dapat masuk ke parking (memang tengah merepek pun). Tapi entah macam mana, ayat itu melekat dalam kepala aku, sampailah sekarang. Sampailah aku kini seboleh mungkin berfikir dua kali sebelum hendak menyusahkan orang.
Mudah sangat sebenarnya, kalau dalam hidup ini hendak susahkan orang. Lihat sahaja sekeliling, dan perhati, bukankah kita sentiasa dikelilingi manusia lain?
Ada tugasan subjek Newspaper Management, misalnya. Tarikh akhir minggu depan. Kerja berkumpulan. Sudah ditetapkan apa kerja kau, dan bila hendak berkumpul siapkan segalanya. Hari kejadian, kau muncul, tersengih-sengih. "Belum buat lagi,". Apalah perasaan teman sekelas tu agaknya?
Kerja sekarang, ada jadual. Kau boleh minta hari apa hendak bekerja, dan hari apa kau tidak mahu bekerja. Kau minta untuk bekerja pada waktu tertentu, hari tertentu. Dan akhirnya kau tidak muncul-muncul. Betul, gaji kau dibayar mengikut jam yang kau datang. Kenapa kau perlu peduli apa yang jadi pada mereka yang datang bekerja dengan keadaan tidak cukup krew?
Banyak lagi contoh yang boleh aku bagi. Banyak lagi benda yang aku sendiri buat yang menyusahkan orang. Dah, jom belajar jangan pentingkan diri sendiri. Tak kisahlah siapa pun kau.
p/s Terasa ke tak tu belakang cerita. Kalau terasa, maknanya kau buat salah, tau?
Comments
Post a Comment