Provokasi.

Entah sejak bila, rajin betul buka Facebook dan post benda-benda mengarut. Definisi mengarut di sini, bukannya merepek, tetapi provokasi. Benar, tiada nama disebut. Hanya beberapa ayat yang menjelaskan situasi dan perasaan. 

Sejak bila belajar bergaduh di laman sosial? Entahlah. Selalunya, post hendak memerli orang ada di sini, bukannya di laman sosial Facebook dan Twitter, yang sudah tentunya akan dibaca oleh sesiapa sahaja. Kalau ada pun di sini, ayat yang digunakan seboleh mungkin tidak disasarkan kepada sesiapa; kepada umum. Kalau ada yang terasa, minta maaf ya. Niat menulis bukan setakat untuk bagi orang lain terasa, tetapi faham dengan situasi dan ambil tindakan yang wajar. 

Tetapi, kalau sudah diprovok di laman sosial, dan semua orang baca, pasti ada pihak yang tidak terlibat boleh memahami apa dan siapa yang dimaksudkan di dalam post tersebut, dan akhirnya akan menjadi cakap-cakap belakang. Akhirnya, orang yang diprovok tidak akan bertegur sapa dengan yang memprovok. Begini cara orang berpelajaran yang matang menyelesaikan masalah? Tentu sekali tidak, bukan?

Tidak perlu bercerita panjang untuk post kali ini. Cukup sekadar mengaku bahawa itu bukan tindakan terbaik yang pernah dibuat, namun harapnya mesej sampai, dan tiada sebarang pergaduhan lagi. Penat bergaduh banyak-banyak ni, tahu?


p/s Minta maaf atas cara yang tidak patut, tetapi post tidak akan dibuang. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak post nanti kena print screen dan jadi bahan bukti.

Comments

Popular posts from this blog

Masscomm

Serabut.

In just another blink of an eye.