Pilihan

Selama kita hidup, banyak keputusan kita perlu ambil. Kadang-kadang, kita tiada pilihan atau pilihan terhad, dan kita pilih sesuatu yang kita mungkin tidak suka.

Bila kita tidak suka, motivasi tiada, yang keluar daripada mulut hanya keluhan dan rungutan. Bila kita tidak suka, kita pasti akan salahkan segalanya, kecuali diri sendiri.

Begitu hidup yang kita mahu hingga ke akhirnya? Hanya kerana pilihan terhad, dipaksa untuk buat sesuatu yang kita benci, kita ada hak untuk salahkan orang lain? Sedangkan apabila kita mampu memilih apa yang kita suka pun sudah bersusun dugaannya, apa lagi kalau sudah benci.

Tiada yang mudah dalam hidup sekarang. Tiada yang straight forward, yang kita boleh ramal dengan tepat hasilnya.

Kalau benci sekalipun, tidak perlu disalahkan mereka yang berjaya buat pilihan yang mereka suka. Kau mudah menutur kata, mereka semua beruntung, kerana tidak menanggung beban yang kau rasa. Kau kata kami tidak faham bebanan kau.

Benar, kami tidak faham. Kami belum bersedia untuk tanggung beban seperti kau. Sebab kami tahu, dengan masalah yang sedikit pun kami sudah tidak mampu, bagaimana pula dengan masalah baru? Sebab itu kami tidak pilih jalan yang kau pilih. Jalan yang kau sendiri pilih. Bukan orang lain.

Kita semua punya beban dan masalah sendiri. Tidak kisahlah beban dan masalah yang diminta, atau yang datang tanpa diundang. Mana kau tahu, orang yang katanya beruntung itu sedang menangis dalam hati?


P/s Laksanakan pilihan sendiri sehingga ke penyudah. Hati-hati berkongsi rasa, bukan semua orang faham dan mahu bersimpati.

Comments

Popular posts from this blog

Masscomm

Serabut.

In just another blink of an eye.