Pilih Kasih.
Cuti hujung minggu dilanjutkan sehingga esok. Sebenarnya petang tadi ada kelas, cuma sudah niat hendak ponteng, dan kelas pagi tadi, dan kelas hari Selasa tiada langsung. :D
Mukadimah je tu. Ceritanya benda lain.
Pernah tidak berhadapan dengan guru yang pilih kasih? Guru yang katanya ikhlas mengajar semua anak didiknya secara sama rata, tetapi melayan mereka dengan cara berbeza? Dan apabila terdengar pelajar menyebut-nyebut, barulah hendak tayang muka yakin; selama ini aku bukan pilih kasih, aku cuma hendak mengajar.
Pernah?
Aku yakin dan pasti, kalau isi post ini yang panjang lebar, hanya menceritakan tentang guru tersebut, pasti aku yang terkena. Pastinya aku yang akan dikata salah. Salah kerana menyebarkan cerita yang tidak baik tentang guru tersebut. Salah kerana semua orang dapat tahu mengenai guru tersebut. Salah kerana sewajarnya aku laporkan kepada dekan, guru besar atau pengetua.
Bayangkan, jika tiada post sebegini, pelajar akan terus mengumpat, terus mencaci, terus mengutuk guru di belakang. Bagaimana ilmu hendak berkat? Dengan teknologi sekarang, depan guru pun boleh mengutuk. Bagaimana ilmu hendak masuk dalam kepala?
Sudahlah. Cakap sahaja tiada guna. Menaip sahaja tidak memberi kesan.
p/s: Sungguh, sudah tawar hati.
Comments
Post a Comment