Posts

Showing posts from 2013

Mistake

Life is like a game that has no restart button. Ironically, that means you cannot treat life as a game. True, making mistakes teach us to be mature, but the mistakes we have done intentionally or not, will be carried with us throughout the journey.  It is up to us to work through the mistakes we have done, and learn something from it. To forget it, to stash it away somewhere deep in your memory, where it will never disturb you again. That's up to us.  We will only learn when we make mistakes. Yet, to be making the same mistake twice calls for a different approach in life. You can blame your parents for forcing to take something you don't like, or your friends for tempting you with all the sweet things in life (too many sweets cause tooth decay,). You made mistakes, you learn from it. You don't parade to others that you have managed to get out of the troubles but is still at the same spot, not moving forward.  Learn from your mistakes, right?

Dugaan

Dari depan belakang dugaan datang masa hujung semester. Risau, sakit kepala, takut, usah disebut. Bukan tidak pernah buat kerja di saat terakhir, bukan tidak pernah berjumpa masalah ketika saat terakhir, tetapi sungguh, semester yang tinggal lagi dua hari waktu kuliah ini benar-benar menguji kesabaran dan ketabahan. Jujurnya, bukan tidak biasa dengan keadaan kelam-kabut akhir semester. Mungkin banyak kejadian semester ini yang menjadikan kesabaran itu menipis, dan ketabahan itu goyah. Semangat belajar usah ditanya, entah sudah terbang ke mana.  Alhamdulillah juga, walaupun ada konflik, ada masalah, sudah lebih separuh tugasan selesai. Kalau ada yang belum sekalipun, tugasan tersebut tidak memerlukan temu janji dibuat sebulan awal, atau 20 muka surat laporan untuk sesuatu yang kita boleh ringkaskan di dalam video lima minit. Masih ada lagi tugasan yang tertangguh, tetapi mujur juga pensyarah memahami, dan hanya meminta untuk pastikan tugasan dihantar, biarpun lewat daripada tar

Shame

Feeling extremely ashamed of myself. I was the one who lectured people on what we choose may not work as we wish, yet I'm the one lamenting my choices. I was feeling overwhelmed. Still am, in fact. But somehow, I managed to tell myself to calm down and try to get everything done. I believed in finishing what I have started, unlike me few years back. Yeah, finish what I have started. I only got another semester of studying here, then another semester of internship, then I'm done and I'll be continuing my life somewhere, somehow. p/s I still want to get another degree in linguistics, insya Allah. But not here, and definitely not after I'm done with the first.

Blame

Feeling overwhelmed with all the thoughts inside my head. Yes, it's all inside my head. As always, I'm usually fine with the amount of work being shoved into my face. I know my limits, I know to what extend I can juggle assignments, classes, work and play. It may not be the most agreeable to most, but it's the way I get things done. Definitely not helping; especially when I'm losing the will to continue my study here. Not that I'm tired of studying, I still have a passion in going to class, getting my assignments done, stuff like that. I'm starting to hate the environment here. Saying this, a lot of people will say I'm ungrateful; but it's the truth. And if you have taken the liberty to read my older posts, sugarcoating the truth is not something I'm very fond of.  I don't know if it's the environment, or it's because of what has been happening this semester. I'm trying my best not to put the blame on anyone but me. But after

Run.

Sometimes I wish that running away is an option. You run away from all the madness in life for as long as you want, then you return whenever you are ready. There's so much madness we need to comprehend, that sometimes we get overwhelmed and are lost in everyday's musings. We lost the will, the motivation, the drive to move us forward. We have lost figuratively everything when it's actually still there, in front of you.  No will to move forward, no idea what to do to replace what you're doing now. So you just go on, without any real feelings. Life's harsh, it never let us to go back, but simply to move forward; whether we want to or not. p/s Sometimes I also wish that I don't lost my motivation over nothing. It's a pain in the ass to get myself moving again.

ふたり - いきものがかり

ふたり - いきものがかり (Futari - Ikimonogakari) 作詩:水野良樹 作曲:水野良樹 抱きしめても 抱きしめても 届かない想いがあるなら 言葉にできないその痛みは ぼくが今 受け止めるよ いつから ぼくらは大人になって かぞえきれない涙を うまくはない 笑顔に隠してきたんだろう そうだよ 傷つくことはわかっていた こんなにもそばにいるのに どうしてかな 切なくなるときがあるよ 春に吹き込んだ 東京の風に何かをみつけ 歩き出すんだと きみは泣いていた 抱きしめても 抱きしめても 届かない想いがあるなら 重ねたこころに耳を 寄せて きみの声 探すよ 離さないで 離さないで ふたりは つながっているから 言葉にできないその痛みは ぼくが今 受け止めるよ どうして 素直になれないんだろう 隣りにいて欲しいってさ 言えるのなら 寂しさも温もりを持つのに 優しすぎるんだ 小さな嘘もつけないままだよ はぐれそうな手を きみは 握り返す 抱きしめても 抱きしめても かなわない想いがあるなら 凍えるこころに 祈り込めて ぼくの声 伝うよ 離さないで 離さないで この手は つながっているから 言葉にできないその願いは ぼくが今 受け止めるよ 抱きしめても 抱きしめても 届かない想いがあるから 何度も こころに 手を伸ばして きみの声 探すよ 離さないで 離さないで ふたりは つながっているから 言葉にできないその痛みは ぼくが今 受け止めるよ p/s Cari sendiri translation. Jangan malas

Pilihan

Selama kita hidup, banyak keputusan kita perlu ambil. Kadang-kadang, kita tiada pilihan atau pilihan terhad, dan kita pilih sesuatu yang kita mungkin tidak suka. Bila kita tidak suka, motivasi tiada, yang keluar daripada mulut hanya keluhan dan rungutan. Bila kita tidak suka, kita pasti akan salahkan segalanya, kecuali diri sendiri. Begitu hidup yang kita mahu hingga ke akhirnya? Hanya kerana pilihan terhad, dipaksa untuk buat sesuatu yang kita benci, kita ada hak untuk salahkan orang lain? Sedangkan apabila kita mampu memilih apa yang kita suka pun sudah bersusun dugaannya, apa lagi kalau sudah benci. Tiada yang mudah dalam hidup sekarang. Tiada yang straight forward, yang kita boleh ramal dengan tepat hasilnya. Kalau benci sekalipun, tidak perlu disalahkan mereka yang berjaya buat pilihan yang mereka suka. Kau mudah menutur kata, mereka semua beruntung, kerana tidak menanggung beban yang kau rasa. Kau kata kami tidak faham bebanan kau. Benar, kami tidak faham. Ka

Silap

Silap aku apabila tersalah percaturan.

Hati.

Jangan dikata aku tiada hati, tiada perasaan. Aku kurang arif dalam perkara yang tidak pasti, yang tidak tentu hujung pangkalnya. Bukan bermakna aku tiada hati, tiada perasaan. p/s Sudah-sudahlah tu.

Pendam.

Setiap orang ada batasnya dalam pergaulan. Tidak kisahlah dengan siapa pun, pasti ada sesuatu yang boleh membuatkan kita marah, cuma tahapnya berbeza, bergantung kepada berapa rapat kita dengan seseorang tersebut. Ada sesetengah orang, banyak benda yang tidak kena pada matanya, tetapi dia diam, tidak banyak kata. Sering kali sebabnya tidak mahu bergaduh, sering kali sebabnya tidak mahu mencipta drama. Selalunya, orang begini adalah orang yang kita gelar tidak tahu marah, hanya diam dan senyum; terima apa sahaja yang orang lain lemparkan, baik mahupun buruk. Mana mungkin, orang yang sering kali lepas dalam pertuturan tahu memendam rasa, bukan? Salah. Kita semua memendam rasa, cuma apa yang dipendam dan bagaimana perasaan dipendam itu berbeza. Mungkin juga kerana teman rapat, keluarga atau orang yang lebih atas, mencipta drama sama seperti merosakkan perjalanan hidup. Bayangkan jika semua yang tidak puas hati hendak diluah, walaupun pada mereka yang merupakan sebahagian dari

Maaf.

Saya tidak lagi punya alasan, punya bukti dan hujah untuk pertahan diri, saya cuma ada kata maaf.  Mohon maaf kerana sering menjadi pencetus pergaduhan. Mohon maaf kerana sering tidak memahami. Mohon maaf kerana pada masa yang sama minta untuk difahami. Mohon maaf kerana sering mencari silap. Mohon maaf kerana bersifat anak-anak. Mohon maaf kerana terlalu pentingkan diri. Mohon maaf kerana terlalu memaksa. Mohon maaf kerana selalu terlupa kita masing-masing punya tanggungjawab berbeza. Mohon maaf, dan akan cuba lebih baik lagi. Apa lagi yang tinggal, kalau satu-satunya yang ada itu pergi begitu sahaja? 

Bab Kedua

Bab kedua tinggal lebih kurang lima, enam minggu sebelum minggu ulangkaji, dan minggu penutup. Banyak benar perbezaan dalam bab pertama dan kedua. Banyak benar benda baru. Banyak benar orang yang dikenali. Banyak benar pengalaman yang telah ditimba. Banyak, terlalu banyak, sehingga rasanya tidak mampu hendak disenaraikan satu persatu. Di penghujung semester, ada rasa terkilan. Entah kenapa, rasa seperti semester ini kurang serba-serbi. Kurang beri perhatian dalam kelas, kurang beri komitmen untuk siapkan tugasan, kurang rajin untuk mengulangkaji. Kurang, banyak benar yang kurang. Hendak dikata penat, tidak juga. Hendak dikata stress, pun tidak juga. Hendak dikata tidak mampu, lagilah tidak. Mungkin sebab sudah mula tawar hati. Mungkin sebab sudah rasa hilang arah, tidak tahu ke mana tujuan. Tujuan sudah hilang, motivasi sudah entah ke mana. Susah begini. Susah jika semuanya perlu dipaksa. Susah jika semuanya perlu difikir sebab. Kalau masih ada tujuan, masih ada motivasi dalam d

Pilih Kasih.

Cuti hujung minggu dilanjutkan sehingga esok. Sebenarnya petang tadi ada kelas, cuma sudah niat hendak ponteng, dan kelas pagi tadi, dan kelas hari Selasa tiada langsung. :D Mukadimah je tu. Ceritanya benda lain. Pernah tidak berhadapan dengan guru yang pilih kasih? Guru yang katanya ikhlas mengajar semua anak didiknya secara sama rata, tetapi melayan mereka dengan cara berbeza? Dan apabila terdengar pelajar menyebut-nyebut, barulah hendak tayang muka yakin; selama ini aku bukan pilih kasih, aku cuma hendak mengajar.  Pernah? Aku yakin dan pasti, kalau isi post ini yang panjang lebar, hanya menceritakan tentang guru tersebut, pasti aku yang terkena. Pastinya aku yang akan dikata salah. Salah kerana menyebarkan cerita yang tidak baik tentang guru tersebut. Salah kerana semua orang dapat tahu mengenai guru tersebut. Salah kerana sewajarnya aku laporkan kepada dekan, guru besar atau pengetua. Bayangkan, jika tiada post sebegini, pelajar akan terus mengumpat, terus m

Provokasi.

Entah sejak bila, rajin betul buka Facebook dan post benda-benda mengarut. Definisi mengarut di sini, bukannya merepek, tetapi provokasi. Benar, tiada nama disebut. Hanya beberapa ayat yang menjelaskan situasi dan perasaan.  Sejak bila belajar bergaduh di laman sosial? Entahlah. Selalunya, post hendak memerli orang ada di sini, bukannya di laman sosial Facebook dan Twitter, yang sudah tentunya akan dibaca oleh sesiapa sahaja. Kalau ada pun di sini, ayat yang digunakan seboleh mungkin tidak disasarkan kepada sesiapa; kepada umum. Kalau ada yang terasa, minta maaf ya. Niat menulis bukan setakat untuk bagi orang lain terasa, tetapi faham dengan situasi dan ambil tindakan yang wajar.  Tetapi, kalau sudah diprovok di laman sosial, dan semua orang baca, pasti ada pihak yang tidak terlibat boleh memahami apa dan siapa yang dimaksudkan di dalam post tersebut, dan akhirnya akan menjadi cakap-cakap belakang. Akhirnya, orang yang diprovok tidak akan bertegur sapa dengan yang memprovok. B

Susah.

"Jangan susahkan orang kalau taknak orang susahkan kita." Aku tak ingat bila, ayah cakap macam ni dekat aku. Kalau tak silap, bendanya remeh sahaja. Aku suruh ayah potong kereta depan supaya kami dapat masuk ke parking (memang tengah merepek pun). Tapi entah macam mana, ayat itu melekat dalam kepala aku, sampailah sekarang. Sampailah aku kini seboleh mungkin berfikir dua kali sebelum hendak menyusahkan orang. Mudah sangat sebenarnya, kalau dalam hidup ini hendak susahkan orang. Lihat sahaja sekeliling, dan perhati, bukankah kita sentiasa dikelilingi manusia lain? Ada tugasan subjek Newspaper Management, misalnya. Tarikh akhir minggu depan. Kerja berkumpulan. Sudah ditetapkan apa kerja kau, dan bila hendak berkumpul siapkan segalanya. Hari kejadian, kau muncul, tersengih-sengih. "Belum buat lagi,". Apalah perasaan teman sekelas tu agaknya? Kerja sekarang, ada jadual. Kau boleh minta hari apa hendak bekerja, dan hari apa kau tidak mahu bekerja. Kau mi

Poker face.

Honestly? I think not. I think that whatever I feel shows up immediately on my face. And I've had people who told me off because of it. Really, it's either that, or I'll say it out loud. I tend to express my displeasure, my dislike and hatred towards anyone and anything. Like I've said in the previous entry, being brutally honest. I'm not saying it's a good thing, it's generally the reason why I don't have that many friends. Normal people are usually intimidated by loud people, for fear of being told off. In my case, I don't mind when people told me off, because I do it shamelessly.  Why poker face? You see, I'm extremely great at pretending. Pretending that it never happens, pretending that you don't exist. Yes, I can do that. Usually when it's something or someone that I hate, I can ignore them completely. When I don't even know what I've done, but you decided not to talk to me, yeah, I'll do the same. I may be

Aku.

Who am I? Siapa aku? 自分って誰だ? Tak kisahlah bahasa apa pun. Hari ni nak post ala-ala orang takde tamadun. (Disclaimer: Kenapa takde tamadun? Sebab tamadun dikaitkan dengan bahasa, dan selalunya aku acah-acah orang bertamadun, sebab kononnya menulis dengan bahasa yang baik. Konon jela. Kalau tak suka tengok bahasa takde tamadun, boleh stop kat sini ye. Mungkin ada perkataan tak patut keluar ni.) Okay, berbalik kepada persoalan siapa aku. Aku selalu bising, confuse dengan siapa aku sebenarnya. Yela, kata perempuan, tapi bila cakap asyik nak mencarut je. Tapi reti je pulak nak guna saya-awak.  Sebut pasal saya-awak ni, aku sebenarnya lagi rela cakap camtu daripada I-you. Geli sial. Kalau kau memang nak sembang English takpe lagi. Ni English ke laut. Tak payah nak mat saleh sangatla guna I-you dengan aku. Dah melalut pulak. Sebenarnya, cara aku bercakap ikut macam mana korang cakap dengan aku. Kalau korang cakap baik-baik, slow-slow, aku pun jadi segan jugak nak keluar perk

Still Into You.

"Ni bukan lagu girlfriend awak ke?" "Yela," "Amboi, muka tak bersalah," "Mestila," (;一_一) Still Into You, Paramore Can't count the years on one hand That we've been together I need the other one to hold you. Make you feel, make you feel better. It's not a walk in the park To love each other. But when our fingers interlock, Can't deny, can't deny you're worth it Cause after all this time. I'm still into you I should be over all the butterflies But i'm into you (I'm in to you) And baby even on our worst nights I'm into you (I'm into you) Let them wonder how we got this far Cause I don't really need to wonder at all Yeah after all this time I'm still into you Recount the night that I first Met your mother And on the drive back to my house I told you that, I told you that I loved ya. You felt the weight of the world Fall off yo

23.

Is now officially 23 years old. God, I feel old. 23 is nothing, I know. But somehow, I've always feel like I'm at least three years older than my current age. At least. At the moment, my head is so messed up that I feel like 30. A lot of ups and downs throughout the 23 years. And dad was helping me to remember where I came from by telling stories on the day I was born. I wasn't the first child my mum was pregnant with, I'm the first child that made it alive and well. (Yes, mum had a miscarriage before she was pregnant with me.) So instead of me looking back to my life, it was dad who was reminiscing the old days (the younger days, my sister said).  Honestly, I really didn't do anything yesterday. The rest of the day was like any other normal weekend, and I spent a minutes looking for my phone because I forgot the date yesterday. And that was after I have friends wishing me happy birthday. See how I can say I feel old? Anyway, that's that. And it

Hilang

Pernah tak berangan apa yang kita nak jadi satu hari nanti? Mesti pernah kan? Pernah tak simpan azam, dan berusaha untuk capai impian tu? Mungkin pernah, tapi tersungkur. Mungkin tidak, dan cuma ikut apa yang diberi. Pernah tak, sudah simpan azam, sudah berusaha. Sedikit sahaja lagi untuk capai impian. Mungkin jika impian hendak menjadi doktor, sekarang sudah buat praktikal di hospital. Mungkin jika impian hendak jadi peguam, sekarang sedang buat chambering di syarikat guaman. Tetapi, ketika impian itu sudah betul dalam tangan, cuma tinggal untuk gerakkan jari dan genggam impian itu, tiba-tiba rasa, tenaga itu hilang. Tidak pula tahu ke mana perginya. Dulu tanam azam, simpan cita-cita. Hati sudah nekad, inilah masa depan aku. Bila sudah begitu hampir, sangat hampir, secara tiba-tiba semangat hilang. Hendak dikata motivasi sudah hilang, tidak juga. Saban hari masih lagi gagah ke kelas, memandu sejauhnya, kalah orang sudah bekerja sepenuh masa. Mungkin sudah tawar

Jauh.

Makin jauh rasanya. Apa yang silap, aku pun tak pasti. Mungkin tak cukup usaha daripada aku, mungkin aku mengharap terlalu tinggi, terlalu banyak. Kata orang, jangan dibanding dulu dan sekarang. Kata orang, dulu lain, sekarang lain. Soalnya, janjinya dulu begini, tidak kira apa yang terjadi. Sekarang, perilakunya begitu; sedangkan janjinya berbeza.  Mungkin aku sahaja yang berfikir terlalu banyak. Mungkin aku sahaja yang berperasaan begini. p/s Kau sudah tidak ada perasaan lagi?

Kalau.

Kepala dah mula mainkan situasi "kalau...". Seminggu pasti susah lelap. Pasti. p/s Asyik meroyan je. Nak kena cari sesuatu untuk hilangkan tekanan. Dah hampir tahap kronik ni.

Serabut.

Kepala serabut. Bukannya kerana tugasan sudah mula menimbun. Bukan juga sudah mula berasa penat kerana terpaksa berulang dari rumah ke kampus. (Rumah-kampus: 28km. Baru teringat hendak kira kilometer tengahari tadi.) Bukan juga masalah dengan kawan, bukan juga masalah dengan manusia lain. Masalahnya dalam diri sendiri. Bila kepala terlalu banyak berfikir, bila kepala tidak faham bahasa dan berhenti berfikir, mulalah merungut kepala serabut. Payah jadi manusia yang tidak tahu bila hendak berhenti berfikir, tetapi tidak pernah berfikir sebelum bercakap. Bukan seorang dua pernah berpesan, tak perlulah fikir banyak sangat. Bukan tidak pernah cuba, tetapi setiap kali kepala hendak shut down , untuk tidur, ketika itu datang idea baru untuk perkara lama. Dan idea baru itu akan dibahaskan dalam kepala sendiri, sehinggalah mata benar-benar mengantuk dan otak terlalu penat dan akhirnya tertidur begitu sahaja.  Bila bangun pagi, badan automatik akan bersiap, ambil beg, salam tangan m

Mungkin.

Mungkin bila kita terleka, tersesat dan kembali sedar, kita hilang sebahagian daripada diri kita dahulu. Mungkin yang baik, mungkin yang buruk. Yang baru mungkin lebih elok sifatnya, meskipun yang hilang itu sesuatu yang baik.  Mungkin sekarang kita tidak mampu menilai, mungkin satu hari nanti kita akan tersedar dan memahami semua yang pernah terjadi ada hikmahnya. Mungkin juga kita tidak akan faham, dan selamanya kita mengutuk dan mengatakan yang negatif tentang sesuatu itu. Mungkin kita tidak akan nampak pentingnya sesuatu itu dalam hidup kita. Bagaimana sesuatu yang kita katakan buruk, mempunyai kesan besar dalam hidup kita.  Mungkin kita perlukan pemangkin. Mungkin kita perlukan pencetus. Mungkin kita perlukan sesuatu yang boleh membuatkan kita tersentak, dan kembali ke dunia realiti. Dunia realiti yang penuh warna. Warna yang tidak semestinya indah; warna yang selalunya mencorakkan hidup kita, mencerminkan siapa kita. p/s: Dah lama tak jadi psiko tulis ben

なくもんか

Ikimonogakari - Nakumonka “Maybe everybody is walking alone” Unable even to tell anyone about the loneliness they’re carrying Countless more people’s backs grow far away I’ve grown up and at least gotten good at faking a smile But that’s not what I envisioned happening I thought this warmth would be stronger and more tender Do I have the courage to take the hand that someone is holding out to me? This distance is trifling, it’s nothing, really But it’s always testing my tiny heart I know that for every tear there’s a smile But in front of you, for some reason I pretend to be strong I still can’t be honest with you If only sad events and happy ones could be connected That’s how we gather up one heart after another My heart is filled with a mixture of failures and betrayals and bad news Even if I pretend not to see them, I can still go on living But I don’t want to run away yet The downpour, the driving rain drowns out another person’s voi

Pengalaman

Sedar tak sedar sudah hampir empat bulan bekerja sambilan. Sedar tak sedar sudah hampir sebulan kelas bermula dan aku masih bekerja. Sedar tak sedar pelbagai ragam manusia aku jumpa. Sedar tak sedar bermacam-macam ilmu aku peroleh. Sedar tak sedar aku sudah banyak berubah. Tak kisahlah buruk atau baik pengalaman yang ada, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dijadikan teladan, dijadikan sempadan. Mungkin aku berubah menjadi seorang yang berbeza, tetapi apa salahnya perbezaan jika kepada yang lebih positif. Tiada yang pasti, namun satu yang aku yakin; pengalaman ini semua akan jadi sesuatu yang tidak mungkin boleh dilepaskan. p/s: Mahu sahkan teori, kenalah ada amalinya. (Ayat jiwang nak mampus, pui.)

Okay.

No really, I'll be fine. It's not like this is the first time it's happening, and it's not like I can't get through it. Really. I'll be okay. p/s Go away.

Penat.

"Eh, awak kerja?" Ops, kan pensyarah dah tanya. Yela, mana ada pelajar yang waras mahu kerja bila tengok jam kreditnya sehingga 28 untuk satu semester. Hmm. Tapi, kalau difikir-fikir, tak pula rasa bekerja tu mengganggu. Mungkin atas sebab kerja hanya pada hujung minggu, dan ada minggu cuma bekerja selama sehari. Tak mungkin penat, kerana sekali kerja cuma 8 jam.  Jujurnya, yang penat bukan disebabkan berulang dengan kereta, bukan juga kerja pada hujung minggu, apa lagi tugasan yang sekian banyak. Tidak. Yang penat,  bila ada jarak antara kelas sehingga 6 jam, dan tidak tahu hendak ke mana, buat apa. Kalau sudah mengantuk sangat, gagahkan juga balik ke rumah. Biasanya, kalau kelas petang, kalau tidak tidur tengahari, pasti rasa mata maca digam. Tak mengapalah, pengorbanan belajar. p/s Kerja seronok, belajar menarik. Bukannya kerja semata-mata duit, bukan juga belajar semata-mata hendak cari kerja. :)

Don't

When you're lost, you tend to push people away. Pushing them to the edge, until the people that has great faith in you, lost that faith and walked away. Don't be that person. p/s Jangan sombong, Allah uji kita dengan perangai manusia, dan manusia yang lain tu Allah jumpakan untuk tolong kita. Kenapa perlu tipu diri sendiri?

Fade Away.

You can pretend all you want, you can act like nothing is happening, you can still laugh and smile like it's not bothering you. Well, of course you can. How can something so little, affecting your life on the whole? I don't see how. Or rather, I don't understand how. Maybe talking this through will solve everything. Maybe trying to change who we both are will help to overcome this. Maybe ignoring it in the first place, not doing anything, will make sure that this never happened. Maybe, maybe. How I wish I can turn back time countless times, just so I can see how each 'maybe' works. But I don't have the liberty of doing so, and right now I'm bracing myself with whatever that may and may not be due to one decision.

Distance

Your spoken words are promises, and your action determines whether you are true to your words or the other way round. And yes, it is the other way round, sadly. When you start to feel the distance the way I do, don't bother trying to close the gap. It has gone beyond something that you can cover.

Me.

I keep losing myself, and finding it again and again that I don't know the essentials of being me. Who am I?

Life.

I won't claimed that I know a lot, or I've seen a lot. But after almost 23 years of life, I learnt that life is really not as it seems. Yes, probably you've heard this all the time, but I wonder how much do we really see its significance? I've met so many people, all with different personalities. People that you think is bad, is actually very kind, and vice versa. Most of the times, people who seems to have an attitude are only restricted by current problems, or are haunted by the past (like me, duh).  Due to this, I'm trying very hard not to judge people by how they look, or what people have been telling me. Sometimes, I don't give a damn about what people say, I still try to get to know that person. I mean, who cares if she can't talk nicely? Who cares if that guy is lazy? Sometimes, the person who can't talk nicely was just being honest. The lazy guy may be able to think wiser than most of us put together. Who knows?

See.

I know you can't see it yet; you haven't found it. But when you can begin to understand what I was telling you, and to see life like how I pictured it to you, you'll find that it's not that hard to put the past where it belongs; the past.

Life.

Sometimes, I like reading my own posts, just to remind myself how good life is right now, or how I get through a difficult phase. Honestly, I've been through a lot, but only within myself. It doesn't really show, the complexes or the swirly thoughts that I usually have. Even if it does, people can't really guess why I was down. I'd have to say that being so down, that you can barely pick yourself back up again is really not the best feeling in the world. To be fair, it is actually one of the worst. If you ever cried yourself to sleep, feeling miserable, it's just like that, only multiplied by a hundred times. And it drags you down. (It is a period of depression after all.) Performance is dropping, your interaction with others become limited because you're edgy all the time. And that's just a few, because different people may have different situations. I get through mine by a sudden realisation. When I realised I can accomplish nothing if I keep

Lost.

Sooner or later, I'm going to get lost in this game that I created. And that is if I don't end up broken first. And until the time comes, I'm going around in circles, so that I know where I am, even though I have no clue where I'm heading. p/s: When did all this started and I started to play games I know I won't win?

Semester 4.

Kurang daripada seminggu sebelum semester baru bermula. Dan aku masih belum daftar subjek, atau salin jadual kelas. Bukannya tak buat lagi, tapi banyak yang belum sempurna. Sekurang-kurangnya yuran sudah selesai (PTPTN tolong bayar dulu,). Buka portal pelajar, cuma boleh daftar tiga subjek. Itu pun subjek wajib universiti dan fakulti. Subjek kursus ada, cuma kelasnya tiada. Sedangkan tertera di portal pendaftaran kursus dibuka sejak minggu lepas, mustahil masih belum boleh mendaftar? Jadual juga sama. Yang ada, cuma empat subjek. Sedangkan dalam silibus ada sembilan subjek untuk semester ini. Jujurnya, ini kali pertama pendaftaran kursus dan jadual masih tidak dapat dipastikan selewat ini. Mungkin faktor kampus dan pengurusan yang berbeza. Mungkin kampus lama lebih kecil, lebih mudah untuk disusun jadualnya. Kampus Shah Alam besar, dengan fakulti yang berbagai, dan pecahan kursus di bawah fakulti yang banyak. Malas mahu bising lebih-lebih, walaupun dalam hati rasa patut di

Sayings and tellings.

I find getting to know people I've just met through another people to be interesting. I know everyone says not to listen to others, but I still ask around; as a precaution. It's good to know something about that person, and that they didn't know that you knew. I know it sounds crazy, but usually that's how I get to know people better in a shorter time. Most of the time, I don't really listen to what people has been warning, or telling me. For me, I know I'll have a different way of thinking, so why should my impression of someone be the same as others? Let me learn the truth; my way. Sometimes people are too quick to judge. It could be one mistake, and that person is forever guilty. I learnt the hard way not to expect perfection, and that's how I try to get friends. It's really fine with me if you're not as good as what others have been telling me. Everyone makes mistakes, and me included. p/s: Even if this is a mistake, I hope

Perempuan.

Sesekali, ada rasa terkilan bila teringat diri sendiri tak seperti perempuan biasa. Yang cakapnya baik-baik, yang obses dengan penampilan, yang tahu ada sesetengah perkara tidak patut dilakukan, hanya kerana telah dilahirkan sebagai perempuan.  Bila umur sudah melebihi 20, terfikir juga: bila lagi hendak belajar berkelakuan seperti perempuan yang sepatutnya? Bila sudah 20, sudah dewasa, bukannya kanak-kanak atau remaja, pasti orang lain akan mengata. Pasti orang lain akan menyebut. Umur sudah 23, mustahil masih boleh terlepas daripada pandangan sinis apabila berpakaian seluar jeans, t-shirt dan selipar dan bercakap kasar seperti lelaki. Bukan tidak pernah cuba untuk jadi lebih feminin (hadoi, nak muntah rasa), tetapi untuk apa menipu diri sendiri dan orang lain? Mungkin perawakan kasar tidak mencerminkan keperibadian perempuan yang sebenarnya, tetapi sekurang-kurangnya menjadi diri sendiri. Bukan meniru orang lain, sehingga identiti sendiri hilang dalam penipuan.  Kenapa t

Tipu.

Jangan tertipu dengan manusia yang wajahnya ada di sini . Menurut teman rapat, manusia ini berwajah suci (innocent,) dan mempunyai perawakan begitu pada awal perkenalan. Tetapi sebenarnya sifat manusia ini jauh bertentangan daripada rupa luarannya.  Jangan menyesal jika amaran ini tidak diendahkan. p/s: Sekali-sekala psiko orang ni seronok jugak. Kehkehkeh.

Pelbagai.

Penat layan perangai manusia yang berbagai. Teman rapat, keluarga, rakan sekerja, ada sahaja yang tidak kena, ada sahaja yang silap. Kadang-kadang pening, kadang-kadang rasa hendak angkat kaki, lari sahaja daripada semua. Penat sangat, agaknya. Tapi, bila difikir semula, bukan semua yang asyik menunjuk kesalahan itu tidak patut. Bukan semua sindiran itu berniat jahat. Mungkin niatnya ikhlas, walaupun caranya tidak dapat diterima. Mungkin niatnya baik, meskipun caranya kejam. Mungkin. p/s: Bila sengaja meletakkan diri di bawah, insya Allah kita tidak lupa apabila berada di atas. Wallahu'alam.

Jumpa.

"Nanti kalau saya jumpa awak, tak kurus jugak siap awak." "Nanti kalau saya jumpa awak, tak tinggi jugak siap awak." (;一_一)

Nilai.

Kenapa ada orang boleh menilai orang lain sedangkan hanya Allah yang boleh nilai kita? Macam mana kita nak nilai orang lain sedangkan Allah kata orang yang beriman darjatnya lebih tinggi? Macam mana kita nak nilai iman orang lain kalau perasaan dan fikiran harian pun kita tak mampu nak tafsir? Wallahu'alam.

End.

Or maybe not. But really, this has to stop, I'm not sure how long I can tolerate this, how long I can go on with this sinking me deeper. But then again, maybe; just maybe.

Stand.

Knowing where you stand, and acknowledging it are two different things. I've always known about where I'm standing, it's just taking a while to really acknowledge it. Well, better late than never.

Ubah.

Berdasarkan pengalaman, aku tahu nak ubah cara berfikir adalah benda yang paling susah sekali nak buat. Jangankan nak ubah orang lain, ubah diri sendiri pun dah terkial-kial. Ada orang, kita terangkan sebahagian, sudah mampu untuk mencerna kata-kata nasihat tu dan jadikan nasihat tersebut sebahagian daripada diri kita yang baru. Ada orang, langsung tak boleh terima nasihat; nak tunggu sudah terhantuk baru nak terngadah. Lagi teruk (pada akula), orang yang nampak macam faham dengan nasihat, tetapi terlebih fikir, sehingga nasihat itu jadi sesuatu yang berbeza; dan kesilapan tersebut bukan satu silap, tetapi satu fitrah diri yang tidak boleh diubah. Kenapa aku cakap yang nombor tiga itu yang paling teruk? Jujurnya, aku adalah orang yang ketiga. Yang pada awalnya menerima nasihat, tetapi kemudian menyalahkan orang yang memberi nasihat, dan mengatakan mereka yang tidak dapat menerima hakikat aku adalah aku. Jujur, aku masih ada tabiat itu dan aku tahu tabiat yang begitu tidak patu

Hipokrit.

Dahla hipokrit, lepas tu buat perangai macam budak-budak. Kalau boleh lempang diri sendiri dah lama patut buat kot. p/s Provokasi online macam budak-budak. Ceh.

Hypocrite.

What's worse than being a hypocrite? Talking about other people's business behind their back when all you have to do is ask the person what they really feel. Oh, I'm sorry. Talking behind backs is easier, right?

Dulang Emas.

Untung kalau lahir dalam dulang emas.  Lagi untung kalau tahu hargai.  Yang tak enak, bila sudah dapat dulang emas, minta berlian penuh sedulang pula.

Bab Pertama.

Bab pertama dalam buku baru tinggal lebih kurang dua minggu setengah. Masih belum pasti apa yang akan dibawa ke bab kedua, apa yang akan menjadi kenangan di bab satu. Perubahan itu pasti, namun apa yang berubah masih belum mampu ditafsir. Biarlah masa menjadi penentu. p/s Pagi tadi paper pertama, alhamdulillah. Dah mula berangan nak cari kerja untuk cuti, dan berkira-kira bagaimana barang yang sekian banyak itu hendak diangkut kembali ke rumah. Dan lagi, alhamdulillah juga kerana permohonan untuk bertukar mama sudah diluluskan. Mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian. Wallahu 'alam.

Takut.

Biasanya orang lari sebab dia takut. Kata orang tua-tua, berani kerana benar, takut kerana salah. Kan?

Serabut.

Serabut, tahu? Dengan tiba-tiba rasa macam jadi hipokrit, dengan assignments (yang sebenarnya tak la teruk sangat), dengan final yang mula minggu depan, dengan segala macam benda yang tiba-tiba nak jadi masa kritikal macam ni. Dah la, nak tutup muka dengan bantal, nangis sampai hidung tersumbat. p/s Tipula nak nangis. Belum gila lagi nak umum kat satu dunia sebelum aku nangis.

Tahu

Ada beza antara hati batu dengan buat-buat tak tahu. Atau mungkin kita sengaja tak mahu ambil tahu?

Kisah.

Tak mengapa kalau semua orang tak kisah, sebab aku ambil kisah, dan peduli. Itu sudah cukup bagi aku.

Pemimpin.

Tugas pemimpin yang kita semua tahu: Pastikan peraturan dalam komuniti dilaksanakan Leraikan perselisihan, pergaduhan dan yang sewaktu dengannya, Jaga imej komuniti. Yang dekat atas tu, sebahagian je. Banyak je lagi yang kita boleh senaraikan, sebab semua tu terpulang pada komuniti tersebut. Jujur cakap, post yang ini memang ditujukan kepada orang. Tak perlu rasanya nak cakap berlapik-lapik macam nak jaga hati orang.  Macam ni, Jumaat lepas, sequence Journalism buat event makan-makan, saja-saja nak kenal dengan pelajar Journalism lain. Aku bukan sebahagian daripada Journalism Society punya committee. Aku student biasa, yang dulu tak pernah nak peduli apa jadi dalam Masscomm ni. Tapi, hari event tu, memang buat aku kecewa, dan buatkan aku teringat kenapa aku tak nak join event yang pelajar Masscomm ni buat.  Pertama: Masa persediaan, aku tolong classmate/ committee aku ambik makanan. Bila kami sampai, tak ada orang datang, tolong kami angkat semua makanan tu. Suda

Do it.

So we're pretending like nothing had happened, not talking to each other, right? Just checking, though. Okay, let's do this!

Thank You.

Thank you for listening. Thank you for letting me rambled on and on. Thank you for telling me what is wrong. Thank you for putting up with me. Thank you for staying beside me. Thank you for seeing me the way I am. Thank you for accepting me the way I am. Thank you, a lot. ♡ babbles

Masscomm

Image
Dua, tiga hari lepas, kat Twitter heboh orang kutuk budak masscomm. Macam-macam provoke aku jumpa, orang butthurt, orang tak kisah, orang yang pujuk orang butthurt cakap "masscomm awesome", macam-macam lagila. Orang lain maybe tak peduli pun pasal benda ni, tapi yela, kalau dah kena kutuk, mestilah nak bela diri sendiri balik, kan? Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media dengan Kepujian (Kewartawanan). Tu course aku. Aku tak cakap aku budak masscomm dah, aku cakap aku budak Journalism. Sebab apa? Sebab fundamental masscomm dah belajar masa diploma. Masa diploma, yup, aku budak masscomm. (Sekarang pun masscomm, tapi dah ada major). Sebagai budak yang dulunya suka Fizik dan bercita-cita nak sambung belajar Fizik dan kerja dalam bidang Fizik (astronomi ye, tapi kata orang macam far-fetched sangat), aku boleh nampak beza susah senang Fizik (atau subjek Sains in general la) dengan masscomm ni. Memang betul pun belajar masscomm ni senang je, tak macam belaja

Harmony.

Maybe, if the world can all agree to one thing, we can achieve harmony. Maybe, if the world can think similarly, we can achieve harmony. Maybe, if the world decided that fighting will lead to nothing, we can achieve harmony. But then again, harmony doesn't necessarily means that everyone has to be the same. It means that accepting differences, while keeping a firm view for yourself.

Ingat!

Mungkin satu hari nanti, kau akan tau apa sebenarnya yang Allah dah tetapkan untuk kau. Rezeki kau dekat mana, buat apa, kerja apa. Sekarang ni, walaupun kau sendiri tak nampak jelas lagi apa yang akan jadi, kau jangan lupa tanggungjawab kau. Kau jangan lupa apa yang kau kena buat. Kau jangan lupa apa yang buat kau ada di sini, sekarang ini.  Jangan lupa. 

Kita.

Dulu mama pernah cakap kat aku, kalau mana-mana tempat kita pergi orang benci kita, maknanya kita yang salah. Kita yang berubah. Aku rasa dah dekat 10 tahun mama bagitau aku benda tu. Dan dalam jangka masa tu, aku pun tak tau aku ada berubah ke tak. Mana mungkin aku boleh nilai diri sendiri kan? Tak adil namanya tu. Sekarang ni, aku rasa ramai je lagi yang tak suka aku. Yang benci aku. Aku pun manusia, buat silap, tak pelikla kalau ada orang tak suka kan? Tapi, lagi ramai yang tak suka daripada suka. Ini, sebenarnya buat aku keliru. Sebab aku teringat kata mama. Ramai orang tak suka aku sebab cara aku, siapa aku. Tapi, ada sesetengah orang yang kebal hati dan perasaan cakap dengan aku boleh bertolak ansur lagi. Yela, perempuan, harap muka je innocent (kata orang, bukan aku. Nanti cakap aku masuk bakul angkat sendiri pulak.), tapi perangai, cakap, serupa lelaki. Antara sebab aku tak ada kawan perempuan ramai. Dah semua angkat kaki. Yela, kalau boyfriend kau cakap kasar siki

Paranoia

Paranoia is never a healthy while uncertainty will eat you from the inside; leaving nothing that can be called 'you'.
I'd be lying if I said, I'm heartless. I feel everything, I just don't say it out loud.

Minggu Kedua.

Masih tak dapat terima hakikat terpaksa jalan kaki nak ke kelas. (Jauh dan tangga sangat tinggi.) Insya Allah minggu ni tak ada masalah.

Minggu Pertama.

Penat, pening, dan serabut.  Bunyi macam bukan permulaan yang baik. Itu apa yang aku rasa dekat kampus ni, tapi tak bermakna aku tak suka tempat ni. (Tipu, aku masih tak dapat terima hakikat aku kena jalan kaki pergi kelas. Yela, anak manja kan.)  Cakap macam tu sebab kampus sangat ramai orang. Populasi yang banyak, dengan ruang yang sempit. Kata adik aku, kolej aku macam flat. (Dah kalau kolej sampai sembilan tingkat....) Tapi, flat tu sebenarnya gambaran untuk satu kampus. Ramai orang, dengan ruang yang sedikit. (Contohnya ruang parking. Tak double park tak sah.) Sebenarnya, minggu pertama ni tak seteruk mana pun. Kelas okay, pensyarah okay, subjek yang aku ambil pun okay. Tak menyesal pilih jurusan ni, walaupun aku tak ada kawan, tak ada teman nak pergi balik kelas sama-sama. Kisah apa aku, tak ada member, makan sorang pun bukan aku peduli. Cuma satu jela, tak pasti lagi untuk kerja berkumpulan. Tak payah risau kot, insya Allah aku sekarang bukan macam aku dulu. Harap

Chipsmore.

"Nak Chipsmore tu," "Tadi ada, now dah hilang.." "Kenapa?" "Sebab dia Chipsmore," (;一_一)

Baru.

Buka buku baru? Bab baru? Halaman baru? Yang penting, kali ni perlu cuba lebih baik. Sesekali toleh ke belakang dan ingatkan diri sendiri untuk maju ke depan. p/s Ayat drama betul. Ijazah mula minggu depan. Insya Allah dua tahun takkan sia-sia.

(´;ω;`)

And I cried, again.

Pulau kecil di Borneo.

Satu hari nanti, kalau ada masa, aku nak jejak semula pulau kecil di Borneo tu. Bukan sekadar jejak dan shopping, tapi aku nak pergi satu-satu tempat yang pernah aku tinggal, singgah, bermain, menangis dan ketawa dulu. Hujung tahun 1997, sampailah tengah tahun 2010. Hujung 2009, aku dah pun keluar dari pulau, nak cari sesuatu yang baru. Pulang semula tengah 2010; sekejap saja, nak uruskan semua barang untuk berpindah. Mungkin berbelas tahun di pulau kecil tu tak banyak yang aku ingat. Mungkin berbelas tahun di pulau kecil tu aku masih tak belajar nak terus berhubung dengan semua orang. Mungkin berbelas tahun di pulau tu dah ajar banyak benda, cuma aku saja yang belum sedar. Mungkin, selain daripada dialek tempatan, aku belajar untuk tak mendiskriminasi orang lain, hanya kerana mereka bangsa berbeza, agama berbeza, dengan adat yang berbeza. Sekolah rendah: dua sekolah berbeza. Sekolah agama juga macam tu. Sekolah menengah, cuma satu, lima tahun, dengan kawan-kawan yang enta