Posts

Showing posts from October, 2013

Aku.

Who am I? Siapa aku? 自分って誰だ? Tak kisahlah bahasa apa pun. Hari ni nak post ala-ala orang takde tamadun. (Disclaimer: Kenapa takde tamadun? Sebab tamadun dikaitkan dengan bahasa, dan selalunya aku acah-acah orang bertamadun, sebab kononnya menulis dengan bahasa yang baik. Konon jela. Kalau tak suka tengok bahasa takde tamadun, boleh stop kat sini ye. Mungkin ada perkataan tak patut keluar ni.) Okay, berbalik kepada persoalan siapa aku. Aku selalu bising, confuse dengan siapa aku sebenarnya. Yela, kata perempuan, tapi bila cakap asyik nak mencarut je. Tapi reti je pulak nak guna saya-awak.  Sebut pasal saya-awak ni, aku sebenarnya lagi rela cakap camtu daripada I-you. Geli sial. Kalau kau memang nak sembang English takpe lagi. Ni English ke laut. Tak payah nak mat saleh sangatla guna I-you dengan aku. Dah melalut pulak. Sebenarnya, cara aku bercakap ikut macam mana korang cakap dengan aku. Kalau korang cakap baik-baik, slow-slow, aku pun jadi segan jugak nak keluar perk

Still Into You.

"Ni bukan lagu girlfriend awak ke?" "Yela," "Amboi, muka tak bersalah," "Mestila," (;一_一) Still Into You, Paramore Can't count the years on one hand That we've been together I need the other one to hold you. Make you feel, make you feel better. It's not a walk in the park To love each other. But when our fingers interlock, Can't deny, can't deny you're worth it Cause after all this time. I'm still into you I should be over all the butterflies But i'm into you (I'm in to you) And baby even on our worst nights I'm into you (I'm into you) Let them wonder how we got this far Cause I don't really need to wonder at all Yeah after all this time I'm still into you Recount the night that I first Met your mother And on the drive back to my house I told you that, I told you that I loved ya. You felt the weight of the world Fall off yo

23.

Is now officially 23 years old. God, I feel old. 23 is nothing, I know. But somehow, I've always feel like I'm at least three years older than my current age. At least. At the moment, my head is so messed up that I feel like 30. A lot of ups and downs throughout the 23 years. And dad was helping me to remember where I came from by telling stories on the day I was born. I wasn't the first child my mum was pregnant with, I'm the first child that made it alive and well. (Yes, mum had a miscarriage before she was pregnant with me.) So instead of me looking back to my life, it was dad who was reminiscing the old days (the younger days, my sister said).  Honestly, I really didn't do anything yesterday. The rest of the day was like any other normal weekend, and I spent a minutes looking for my phone because I forgot the date yesterday. And that was after I have friends wishing me happy birthday. See how I can say I feel old? Anyway, that's that. And it

Hilang

Pernah tak berangan apa yang kita nak jadi satu hari nanti? Mesti pernah kan? Pernah tak simpan azam, dan berusaha untuk capai impian tu? Mungkin pernah, tapi tersungkur. Mungkin tidak, dan cuma ikut apa yang diberi. Pernah tak, sudah simpan azam, sudah berusaha. Sedikit sahaja lagi untuk capai impian. Mungkin jika impian hendak menjadi doktor, sekarang sudah buat praktikal di hospital. Mungkin jika impian hendak jadi peguam, sekarang sedang buat chambering di syarikat guaman. Tetapi, ketika impian itu sudah betul dalam tangan, cuma tinggal untuk gerakkan jari dan genggam impian itu, tiba-tiba rasa, tenaga itu hilang. Tidak pula tahu ke mana perginya. Dulu tanam azam, simpan cita-cita. Hati sudah nekad, inilah masa depan aku. Bila sudah begitu hampir, sangat hampir, secara tiba-tiba semangat hilang. Hendak dikata motivasi sudah hilang, tidak juga. Saban hari masih lagi gagah ke kelas, memandu sejauhnya, kalah orang sudah bekerja sepenuh masa. Mungkin sudah tawar

Jauh.

Makin jauh rasanya. Apa yang silap, aku pun tak pasti. Mungkin tak cukup usaha daripada aku, mungkin aku mengharap terlalu tinggi, terlalu banyak. Kata orang, jangan dibanding dulu dan sekarang. Kata orang, dulu lain, sekarang lain. Soalnya, janjinya dulu begini, tidak kira apa yang terjadi. Sekarang, perilakunya begitu; sedangkan janjinya berbeza.  Mungkin aku sahaja yang berfikir terlalu banyak. Mungkin aku sahaja yang berperasaan begini. p/s Kau sudah tidak ada perasaan lagi?

Kalau.

Kepala dah mula mainkan situasi "kalau...". Seminggu pasti susah lelap. Pasti. p/s Asyik meroyan je. Nak kena cari sesuatu untuk hilangkan tekanan. Dah hampir tahap kronik ni.

Serabut.

Kepala serabut. Bukannya kerana tugasan sudah mula menimbun. Bukan juga sudah mula berasa penat kerana terpaksa berulang dari rumah ke kampus. (Rumah-kampus: 28km. Baru teringat hendak kira kilometer tengahari tadi.) Bukan juga masalah dengan kawan, bukan juga masalah dengan manusia lain. Masalahnya dalam diri sendiri. Bila kepala terlalu banyak berfikir, bila kepala tidak faham bahasa dan berhenti berfikir, mulalah merungut kepala serabut. Payah jadi manusia yang tidak tahu bila hendak berhenti berfikir, tetapi tidak pernah berfikir sebelum bercakap. Bukan seorang dua pernah berpesan, tak perlulah fikir banyak sangat. Bukan tidak pernah cuba, tetapi setiap kali kepala hendak shut down , untuk tidur, ketika itu datang idea baru untuk perkara lama. Dan idea baru itu akan dibahaskan dalam kepala sendiri, sehinggalah mata benar-benar mengantuk dan otak terlalu penat dan akhirnya tertidur begitu sahaja.  Bila bangun pagi, badan automatik akan bersiap, ambil beg, salam tangan m

Mungkin.

Mungkin bila kita terleka, tersesat dan kembali sedar, kita hilang sebahagian daripada diri kita dahulu. Mungkin yang baik, mungkin yang buruk. Yang baru mungkin lebih elok sifatnya, meskipun yang hilang itu sesuatu yang baik.  Mungkin sekarang kita tidak mampu menilai, mungkin satu hari nanti kita akan tersedar dan memahami semua yang pernah terjadi ada hikmahnya. Mungkin juga kita tidak akan faham, dan selamanya kita mengutuk dan mengatakan yang negatif tentang sesuatu itu. Mungkin kita tidak akan nampak pentingnya sesuatu itu dalam hidup kita. Bagaimana sesuatu yang kita katakan buruk, mempunyai kesan besar dalam hidup kita.  Mungkin kita perlukan pemangkin. Mungkin kita perlukan pencetus. Mungkin kita perlukan sesuatu yang boleh membuatkan kita tersentak, dan kembali ke dunia realiti. Dunia realiti yang penuh warna. Warna yang tidak semestinya indah; warna yang selalunya mencorakkan hidup kita, mencerminkan siapa kita. p/s: Dah lama tak jadi psiko tulis ben

なくもんか

Ikimonogakari - Nakumonka “Maybe everybody is walking alone” Unable even to tell anyone about the loneliness they’re carrying Countless more people’s backs grow far away I’ve grown up and at least gotten good at faking a smile But that’s not what I envisioned happening I thought this warmth would be stronger and more tender Do I have the courage to take the hand that someone is holding out to me? This distance is trifling, it’s nothing, really But it’s always testing my tiny heart I know that for every tear there’s a smile But in front of you, for some reason I pretend to be strong I still can’t be honest with you If only sad events and happy ones could be connected That’s how we gather up one heart after another My heart is filled with a mixture of failures and betrayals and bad news Even if I pretend not to see them, I can still go on living But I don’t want to run away yet The downpour, the driving rain drowns out another person’s voi

Pengalaman

Sedar tak sedar sudah hampir empat bulan bekerja sambilan. Sedar tak sedar sudah hampir sebulan kelas bermula dan aku masih bekerja. Sedar tak sedar pelbagai ragam manusia aku jumpa. Sedar tak sedar bermacam-macam ilmu aku peroleh. Sedar tak sedar aku sudah banyak berubah. Tak kisahlah buruk atau baik pengalaman yang ada, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dijadikan teladan, dijadikan sempadan. Mungkin aku berubah menjadi seorang yang berbeza, tetapi apa salahnya perbezaan jika kepada yang lebih positif. Tiada yang pasti, namun satu yang aku yakin; pengalaman ini semua akan jadi sesuatu yang tidak mungkin boleh dilepaskan. p/s: Mahu sahkan teori, kenalah ada amalinya. (Ayat jiwang nak mampus, pui.)

Okay.

No really, I'll be fine. It's not like this is the first time it's happening, and it's not like I can't get through it. Really. I'll be okay. p/s Go away.

Penat.

"Eh, awak kerja?" Ops, kan pensyarah dah tanya. Yela, mana ada pelajar yang waras mahu kerja bila tengok jam kreditnya sehingga 28 untuk satu semester. Hmm. Tapi, kalau difikir-fikir, tak pula rasa bekerja tu mengganggu. Mungkin atas sebab kerja hanya pada hujung minggu, dan ada minggu cuma bekerja selama sehari. Tak mungkin penat, kerana sekali kerja cuma 8 jam.  Jujurnya, yang penat bukan disebabkan berulang dengan kereta, bukan juga kerja pada hujung minggu, apa lagi tugasan yang sekian banyak. Tidak. Yang penat,  bila ada jarak antara kelas sehingga 6 jam, dan tidak tahu hendak ke mana, buat apa. Kalau sudah mengantuk sangat, gagahkan juga balik ke rumah. Biasanya, kalau kelas petang, kalau tidak tidur tengahari, pasti rasa mata maca digam. Tak mengapalah, pengorbanan belajar. p/s Kerja seronok, belajar menarik. Bukannya kerja semata-mata duit, bukan juga belajar semata-mata hendak cari kerja. :)

Don't

When you're lost, you tend to push people away. Pushing them to the edge, until the people that has great faith in you, lost that faith and walked away. Don't be that person. p/s Jangan sombong, Allah uji kita dengan perangai manusia, dan manusia yang lain tu Allah jumpakan untuk tolong kita. Kenapa perlu tipu diri sendiri?