Posts

Showing posts from November, 2013

ふたり - いきものがかり

ふたり - いきものがかり (Futari - Ikimonogakari) 作詩:水野良樹 作曲:水野良樹 抱きしめても 抱きしめても 届かない想いがあるなら 言葉にできないその痛みは ぼくが今 受け止めるよ いつから ぼくらは大人になって かぞえきれない涙を うまくはない 笑顔に隠してきたんだろう そうだよ 傷つくことはわかっていた こんなにもそばにいるのに どうしてかな 切なくなるときがあるよ 春に吹き込んだ 東京の風に何かをみつけ 歩き出すんだと きみは泣いていた 抱きしめても 抱きしめても 届かない想いがあるなら 重ねたこころに耳を 寄せて きみの声 探すよ 離さないで 離さないで ふたりは つながっているから 言葉にできないその痛みは ぼくが今 受け止めるよ どうして 素直になれないんだろう 隣りにいて欲しいってさ 言えるのなら 寂しさも温もりを持つのに 優しすぎるんだ 小さな嘘もつけないままだよ はぐれそうな手を きみは 握り返す 抱きしめても 抱きしめても かなわない想いがあるなら 凍えるこころに 祈り込めて ぼくの声 伝うよ 離さないで 離さないで この手は つながっているから 言葉にできないその願いは ぼくが今 受け止めるよ 抱きしめても 抱きしめても 届かない想いがあるから 何度も こころに 手を伸ばして きみの声 探すよ 離さないで 離さないで ふたりは つながっているから 言葉にできないその痛みは ぼくが今 受け止めるよ p/s Cari sendiri translation. Jangan malas

Pilihan

Selama kita hidup, banyak keputusan kita perlu ambil. Kadang-kadang, kita tiada pilihan atau pilihan terhad, dan kita pilih sesuatu yang kita mungkin tidak suka. Bila kita tidak suka, motivasi tiada, yang keluar daripada mulut hanya keluhan dan rungutan. Bila kita tidak suka, kita pasti akan salahkan segalanya, kecuali diri sendiri. Begitu hidup yang kita mahu hingga ke akhirnya? Hanya kerana pilihan terhad, dipaksa untuk buat sesuatu yang kita benci, kita ada hak untuk salahkan orang lain? Sedangkan apabila kita mampu memilih apa yang kita suka pun sudah bersusun dugaannya, apa lagi kalau sudah benci. Tiada yang mudah dalam hidup sekarang. Tiada yang straight forward, yang kita boleh ramal dengan tepat hasilnya. Kalau benci sekalipun, tidak perlu disalahkan mereka yang berjaya buat pilihan yang mereka suka. Kau mudah menutur kata, mereka semua beruntung, kerana tidak menanggung beban yang kau rasa. Kau kata kami tidak faham bebanan kau. Benar, kami tidak faham. Ka

Silap

Silap aku apabila tersalah percaturan.

Hati.

Jangan dikata aku tiada hati, tiada perasaan. Aku kurang arif dalam perkara yang tidak pasti, yang tidak tentu hujung pangkalnya. Bukan bermakna aku tiada hati, tiada perasaan. p/s Sudah-sudahlah tu.

Pendam.

Setiap orang ada batasnya dalam pergaulan. Tidak kisahlah dengan siapa pun, pasti ada sesuatu yang boleh membuatkan kita marah, cuma tahapnya berbeza, bergantung kepada berapa rapat kita dengan seseorang tersebut. Ada sesetengah orang, banyak benda yang tidak kena pada matanya, tetapi dia diam, tidak banyak kata. Sering kali sebabnya tidak mahu bergaduh, sering kali sebabnya tidak mahu mencipta drama. Selalunya, orang begini adalah orang yang kita gelar tidak tahu marah, hanya diam dan senyum; terima apa sahaja yang orang lain lemparkan, baik mahupun buruk. Mana mungkin, orang yang sering kali lepas dalam pertuturan tahu memendam rasa, bukan? Salah. Kita semua memendam rasa, cuma apa yang dipendam dan bagaimana perasaan dipendam itu berbeza. Mungkin juga kerana teman rapat, keluarga atau orang yang lebih atas, mencipta drama sama seperti merosakkan perjalanan hidup. Bayangkan jika semua yang tidak puas hati hendak diluah, walaupun pada mereka yang merupakan sebahagian dari

Maaf.

Saya tidak lagi punya alasan, punya bukti dan hujah untuk pertahan diri, saya cuma ada kata maaf.  Mohon maaf kerana sering menjadi pencetus pergaduhan. Mohon maaf kerana sering tidak memahami. Mohon maaf kerana pada masa yang sama minta untuk difahami. Mohon maaf kerana sering mencari silap. Mohon maaf kerana bersifat anak-anak. Mohon maaf kerana terlalu pentingkan diri. Mohon maaf kerana terlalu memaksa. Mohon maaf kerana selalu terlupa kita masing-masing punya tanggungjawab berbeza. Mohon maaf, dan akan cuba lebih baik lagi. Apa lagi yang tinggal, kalau satu-satunya yang ada itu pergi begitu sahaja? 

Bab Kedua

Bab kedua tinggal lebih kurang lima, enam minggu sebelum minggu ulangkaji, dan minggu penutup. Banyak benar perbezaan dalam bab pertama dan kedua. Banyak benar benda baru. Banyak benar orang yang dikenali. Banyak benar pengalaman yang telah ditimba. Banyak, terlalu banyak, sehingga rasanya tidak mampu hendak disenaraikan satu persatu. Di penghujung semester, ada rasa terkilan. Entah kenapa, rasa seperti semester ini kurang serba-serbi. Kurang beri perhatian dalam kelas, kurang beri komitmen untuk siapkan tugasan, kurang rajin untuk mengulangkaji. Kurang, banyak benar yang kurang. Hendak dikata penat, tidak juga. Hendak dikata stress, pun tidak juga. Hendak dikata tidak mampu, lagilah tidak. Mungkin sebab sudah mula tawar hati. Mungkin sebab sudah rasa hilang arah, tidak tahu ke mana tujuan. Tujuan sudah hilang, motivasi sudah entah ke mana. Susah begini. Susah jika semuanya perlu dipaksa. Susah jika semuanya perlu difikir sebab. Kalau masih ada tujuan, masih ada motivasi dalam d

Pilih Kasih.

Cuti hujung minggu dilanjutkan sehingga esok. Sebenarnya petang tadi ada kelas, cuma sudah niat hendak ponteng, dan kelas pagi tadi, dan kelas hari Selasa tiada langsung. :D Mukadimah je tu. Ceritanya benda lain. Pernah tidak berhadapan dengan guru yang pilih kasih? Guru yang katanya ikhlas mengajar semua anak didiknya secara sama rata, tetapi melayan mereka dengan cara berbeza? Dan apabila terdengar pelajar menyebut-nyebut, barulah hendak tayang muka yakin; selama ini aku bukan pilih kasih, aku cuma hendak mengajar.  Pernah? Aku yakin dan pasti, kalau isi post ini yang panjang lebar, hanya menceritakan tentang guru tersebut, pasti aku yang terkena. Pastinya aku yang akan dikata salah. Salah kerana menyebarkan cerita yang tidak baik tentang guru tersebut. Salah kerana semua orang dapat tahu mengenai guru tersebut. Salah kerana sewajarnya aku laporkan kepada dekan, guru besar atau pengetua. Bayangkan, jika tiada post sebegini, pelajar akan terus mengumpat, terus m

Provokasi.

Entah sejak bila, rajin betul buka Facebook dan post benda-benda mengarut. Definisi mengarut di sini, bukannya merepek, tetapi provokasi. Benar, tiada nama disebut. Hanya beberapa ayat yang menjelaskan situasi dan perasaan.  Sejak bila belajar bergaduh di laman sosial? Entahlah. Selalunya, post hendak memerli orang ada di sini, bukannya di laman sosial Facebook dan Twitter, yang sudah tentunya akan dibaca oleh sesiapa sahaja. Kalau ada pun di sini, ayat yang digunakan seboleh mungkin tidak disasarkan kepada sesiapa; kepada umum. Kalau ada yang terasa, minta maaf ya. Niat menulis bukan setakat untuk bagi orang lain terasa, tetapi faham dengan situasi dan ambil tindakan yang wajar.  Tetapi, kalau sudah diprovok di laman sosial, dan semua orang baca, pasti ada pihak yang tidak terlibat boleh memahami apa dan siapa yang dimaksudkan di dalam post tersebut, dan akhirnya akan menjadi cakap-cakap belakang. Akhirnya, orang yang diprovok tidak akan bertegur sapa dengan yang memprovok. B

Susah.

"Jangan susahkan orang kalau taknak orang susahkan kita." Aku tak ingat bila, ayah cakap macam ni dekat aku. Kalau tak silap, bendanya remeh sahaja. Aku suruh ayah potong kereta depan supaya kami dapat masuk ke parking (memang tengah merepek pun). Tapi entah macam mana, ayat itu melekat dalam kepala aku, sampailah sekarang. Sampailah aku kini seboleh mungkin berfikir dua kali sebelum hendak menyusahkan orang. Mudah sangat sebenarnya, kalau dalam hidup ini hendak susahkan orang. Lihat sahaja sekeliling, dan perhati, bukankah kita sentiasa dikelilingi manusia lain? Ada tugasan subjek Newspaper Management, misalnya. Tarikh akhir minggu depan. Kerja berkumpulan. Sudah ditetapkan apa kerja kau, dan bila hendak berkumpul siapkan segalanya. Hari kejadian, kau muncul, tersengih-sengih. "Belum buat lagi,". Apalah perasaan teman sekelas tu agaknya? Kerja sekarang, ada jadual. Kau boleh minta hari apa hendak bekerja, dan hari apa kau tidak mahu bekerja. Kau mi

Poker face.

Honestly? I think not. I think that whatever I feel shows up immediately on my face. And I've had people who told me off because of it. Really, it's either that, or I'll say it out loud. I tend to express my displeasure, my dislike and hatred towards anyone and anything. Like I've said in the previous entry, being brutally honest. I'm not saying it's a good thing, it's generally the reason why I don't have that many friends. Normal people are usually intimidated by loud people, for fear of being told off. In my case, I don't mind when people told me off, because I do it shamelessly.  Why poker face? You see, I'm extremely great at pretending. Pretending that it never happens, pretending that you don't exist. Yes, I can do that. Usually when it's something or someone that I hate, I can ignore them completely. When I don't even know what I've done, but you decided not to talk to me, yeah, I'll do the same. I may be