Posts

Showing posts from March, 2015

Kawan.

Jujur cakap, aku rindu mahu berborak sehingga kedengaran azan Subuh dengan kau. Lepak-lepak seperti anak muda yang tiada arah tuju dalam hidup. Mengumpat, bergosip tentang orang lain tanpa bercermin terlebih dahulu bersama. Aku rindu. Rindu kerana tidak ramai manusia yang mendengar setiap bebelan dan perkataan bukan-bukan yang aku lontarkan tanpa prejudis. Mudah untuk menadah telinga dan menelan semua, tetapi untuk tidak prejudis? Jarang sekali. Kau tidak takut dengan apa yang aku tahu. Kau tidak peduli. Kau dengan dunia kau yang tersendiri. Aku tahu sekian banyak tentang kau, tetapi mustahil untuk aku simpulkan. Dan mungkin juga, kerana itu, kita bukan lagi seperti dulu. Dan aku doakan kau terbuka hati, tercelik mata untuk lihat bagaimana dunia tidak sepolos diri kau.