Posts

Showing posts from August, 2013

Perempuan.

Sesekali, ada rasa terkilan bila teringat diri sendiri tak seperti perempuan biasa. Yang cakapnya baik-baik, yang obses dengan penampilan, yang tahu ada sesetengah perkara tidak patut dilakukan, hanya kerana telah dilahirkan sebagai perempuan.  Bila umur sudah melebihi 20, terfikir juga: bila lagi hendak belajar berkelakuan seperti perempuan yang sepatutnya? Bila sudah 20, sudah dewasa, bukannya kanak-kanak atau remaja, pasti orang lain akan mengata. Pasti orang lain akan menyebut. Umur sudah 23, mustahil masih boleh terlepas daripada pandangan sinis apabila berpakaian seluar jeans, t-shirt dan selipar dan bercakap kasar seperti lelaki. Bukan tidak pernah cuba untuk jadi lebih feminin (hadoi, nak muntah rasa), tetapi untuk apa menipu diri sendiri dan orang lain? Mungkin perawakan kasar tidak mencerminkan keperibadian perempuan yang sebenarnya, tetapi sekurang-kurangnya menjadi diri sendiri. Bukan meniru orang lain, sehingga identiti sendiri hilang dalam penipuan.  Kenapa t

Tipu.

Jangan tertipu dengan manusia yang wajahnya ada di sini . Menurut teman rapat, manusia ini berwajah suci (innocent,) dan mempunyai perawakan begitu pada awal perkenalan. Tetapi sebenarnya sifat manusia ini jauh bertentangan daripada rupa luarannya.  Jangan menyesal jika amaran ini tidak diendahkan. p/s: Sekali-sekala psiko orang ni seronok jugak. Kehkehkeh.

Pelbagai.

Penat layan perangai manusia yang berbagai. Teman rapat, keluarga, rakan sekerja, ada sahaja yang tidak kena, ada sahaja yang silap. Kadang-kadang pening, kadang-kadang rasa hendak angkat kaki, lari sahaja daripada semua. Penat sangat, agaknya. Tapi, bila difikir semula, bukan semua yang asyik menunjuk kesalahan itu tidak patut. Bukan semua sindiran itu berniat jahat. Mungkin niatnya ikhlas, walaupun caranya tidak dapat diterima. Mungkin niatnya baik, meskipun caranya kejam. Mungkin. p/s: Bila sengaja meletakkan diri di bawah, insya Allah kita tidak lupa apabila berada di atas. Wallahu'alam.

Jumpa.

"Nanti kalau saya jumpa awak, tak kurus jugak siap awak." "Nanti kalau saya jumpa awak, tak tinggi jugak siap awak." (;一_一)

Nilai.

Kenapa ada orang boleh menilai orang lain sedangkan hanya Allah yang boleh nilai kita? Macam mana kita nak nilai orang lain sedangkan Allah kata orang yang beriman darjatnya lebih tinggi? Macam mana kita nak nilai iman orang lain kalau perasaan dan fikiran harian pun kita tak mampu nak tafsir? Wallahu'alam.