Posts

Showing posts from January, 2013

Pulau kecil di Borneo.

Satu hari nanti, kalau ada masa, aku nak jejak semula pulau kecil di Borneo tu. Bukan sekadar jejak dan shopping, tapi aku nak pergi satu-satu tempat yang pernah aku tinggal, singgah, bermain, menangis dan ketawa dulu. Hujung tahun 1997, sampailah tengah tahun 2010. Hujung 2009, aku dah pun keluar dari pulau, nak cari sesuatu yang baru. Pulang semula tengah 2010; sekejap saja, nak uruskan semua barang untuk berpindah. Mungkin berbelas tahun di pulau kecil tu tak banyak yang aku ingat. Mungkin berbelas tahun di pulau kecil tu aku masih tak belajar nak terus berhubung dengan semua orang. Mungkin berbelas tahun di pulau tu dah ajar banyak benda, cuma aku saja yang belum sedar. Mungkin, selain daripada dialek tempatan, aku belajar untuk tak mendiskriminasi orang lain, hanya kerana mereka bangsa berbeza, agama berbeza, dengan adat yang berbeza. Sekolah rendah: dua sekolah berbeza. Sekolah agama juga macam tu. Sekolah menengah, cuma satu, lima tahun, dengan kawan-kawan yang enta

Kenangan.

Orang kata, kita tak boleh patah balik masa. Orang kata, benda dah lepas, biarlah lepas. Orang kata, jangan ingat lagi kenangan lama. Tapi aku rindu semua tu. Aku rindu masa tiga tahun di Lendu. Aku rindu kawan-kawan, dengan semua memori di sana. Baik ke buruk, bergaduh atau ketawa, sama saja. Kenapa nak dibezakan kenangan? Kenapa nak lupakan yang buruk, hanya ingat yang manis? Tak kisahlah seronok atau bosan, semuanya masa lepas yang sangat berharga. Mungkin hari ini, aku akan cakap sesetengah kenangan tu merugikan masa yang dah berlalu. Ya, masa dah berlalu. Tak salah nak dikenang; tapi jangan lupa belajar daripada masa lepas, dan terus bergerak ke depan. p/s Boleh cipta kenangan baru.
Truth is I miss you and I just want to talk to you. I hate waiting to do so, I get anxious each time. (´;ω;`)
I hate you.

Little things.

'The things that tied us into this world may be the little things' -Q10, Episode 2 Which is why, I treasure and took a lot more notes on the little, seemingly insignificant details. I doubted if there's anyone who will understand how I put the little things together, making them seem important. People said this makes me sounds like a drama queen, who likes to make a big deal out of everything. Really, whatever. It's kinda hard to understand how I get to certain decision and thoughts anyway. And really, the little things really are the one that matter. If you know where to look and put them together. It's the little things that define who you are, anyway.

Alor Gajah.

Tiba-tiba rindu masa tidur lewat, borak-borak sampai 3 pagi. Tiba-tiba rindu masa keluar tengah malam lepak tengok bola/ gosip. (Lelaki lagi hebat gosip daripada perempuan.) Tiba-tiba rindu pusing-pusing kat Melaka untuk shooting. Tiba-tiba rindu masa lepak tepi pantai tengok orang memancing. Tiba-tiba rindu masa masak-masak untuk orang lain. Tiba-tiba rindu tengok muka serabai masa bangun sahur. Tiba-tiba rindu terkejar-kejar bawa kereta macam orang gila sebab dah lambat pergi kelas. Tiba-tiba rindu masa tengok wayang ramai-ramai. (Sorang-sorang je pegi beli tiket 3D untuk semua orang sampai RM200 lebih... -,-) Tiba-tiba rindu nak bergaduh (argue) dengan semua orang. Tak pernah nak kalah. Hehehe Tiba-tiba rindu masa duduk McD teman orang lain buat kerja. :) Tiga tahun, tapi rasa macam lebih. Mungkin sebab banyak sangat benda jadi? Sampai nak sebut, nak ingat satu-satu pun tak larat. Rindu :(