Posts

Showing posts from January, 2015

Tipu.

Jangan ditanya macam mana aku tahu, dari mana aku dapat info, kerana selalunya datang tanpa dicari, dipanggil, apa lagi disuruh. Tetapi, selepas sekali ditipu, semestinya aku usaha lebih untuk pastikan pisang tidak berbuah dua kali dan aku tidak menjadi bodoh untuk percaya. Kau benci aku ada di mana-mana ibarat bayang-bayang? Itu tandanya kewujudan aku sudah tidak perlu. Tandanya kewujudan aku perlu dicatu. Bagi aku, selamanya atau tidak langsung. Tiada di antara. Terpulang pada diri kau sendiri. P/s Jujurnya, aku sudah letih hendak mengikut rentak orang kerana rentaknya berubah tanpa sebarang notis.

Kuat.

Puas menangis. Aku penat. Aku takkan tahu, betul atau salah keputusan yang aku buat. Aku hanya boleh cuba untuk ke hadapan. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini, mungkin ada yang lebih baik Tuhan sudah aturkan. Sabarlah wahai hati. Kuatkan semangat.

Menyesal.

Jika ditanya, adakah aku menyesal? Tidak. Sama sekali tidak. Hanya terkilan. Kecewa. Dan ini, jika masih ada kesempatan, mungkin diberi atas dasar kawan baik. Siapa yang mahu hilang kawan baik?

Baharu.

Bermula lagi satu fasa yang berbeza dalam kehidupan. Yang sama seperti dahulu, yang tidak tahu sukar atau mudah. Yang tidak pasti. Apa saja yang boleh kita pastikan dalam hidup? Mungkin hari ini kita berdiri megah, tetapi esok jatuh tersungkur menyembah bumi? Yang pasti, untuk terus-menerus berduka bukan satu pilihan. Untuk terus-menerus menyesal bukan cara untuk memastikan kelangsungan hidup. Untuk menuding jari, tidak kisahlah pada diri sendiri atau orang lain, semestinya bukan tindakan terbaik. Ya, bila kita sudah nekad, kita sudah pasti, untuk apa menoleh ke belakang dan kembali menyakitkan mata dan hati dengan membiarkan diri melihat yang sudah?  Pandang ke hadapan, meskipun tiada yang pasti. Pandang ke hadapan, kerana dengan izin Tuhan, ada yang lebih baik sudah diaturkan. Insya Allah. p/s Esok bangun awal, dan seretlah diri ke pejabat pos. Tapi confirm tidur pukul 4 ke atas lagi. Geh.

Hipokrit.

"What have you done?!" Errrr, jadi diri aku sendiri? Tak reti la nak hipokrit ni. Dan disebabkan aku somehow boleh manipulate orang (kata orang la, bukan kata aku) so aku lagi suka kalau takde yang cuba dekat. Sebab kalau yang "biasa-biasa" nanti habis aku guna sampai kering. Jadi, belajarlah untuk menjadi diri sendiri. Kalau suka, sukalah. Kalau benci, tak payah nak ikut trend. P/s Bodoh ah trend. Trend sekarang kena curah semua benda online tapi sorok from certain people ke? Hmm, kena belajar ni.

Stand up.

Slowly but surely, I'll be fine standing here by myself, on my own.

Terasa

Banyak sangat simpan dalam hati, banyak sangat kecil hati, banyak sangat makan hati. Kalau sendiri, sudah sedar tiada tiang, perlu kuat tanpa ada tempat untuk bersandar. Bila ada tiang, jadi manja, dan sepanjang masa bersandar ibarat tiada lagi tenaga untuk berdiri sendiri. Dan bila tiang yang diharap mula reput, tidak sedar diri sendiri makin condong. Silap haribulan, jatuh mencium bumi.