Posts

Showing posts from March, 2017

Famili.

Jujur cakap aku tak pernah rasa rapat dengan mak, adik-adik atau pun ayah aku. Aku lagi selesa luahkan perasaan pada kawan, lagi selesa untuk tidak terlalu dekat secara hati ke hati dengan keluarga sendiri. Mungkin cara mama dan ayah sendiri yang sangat jarang menyebut perasaan, jadi kami adik-beradik agak kurang vokal tentang rasa hati. Tapi lepas Adam lahir, aku tengok sendiri macam mana adik aku dan mama jaga Adam. Jaga aku. Ya, bukan kali pertama mereka berkorban tapi kerana Adam mata aku jadi lebih celik. Mungkin juga kerana aku sendiri sudah jadi mama, jadi aku mula belajar perasaan seorang ibu. Walaupun keluarga aku jarang memahami sebab atas setiap tindakan aku, tapi mereka jarang pertikaikan melainkan pandangan mereka lebih baik. Aku perhati sendiri macam mana mama dan adik aku sanggup korbankan tidur untuk menjaga Adam sedangkan aku ibunya sendiri hanya menjenguk Adam setiap kali dia menangis, dua malam itu. Dan bila aku bertanya pada mama, bahaya kalau anak kecil menangis