Posts

Showing posts from March, 2014

Senang.

Jujur cakap, aku tak kisah nak dengar masalah orang. Jujur cakap, kalau kau tak perlu nasihat, dan aku nampak kau boleh selesaikan masalah kau, aku boleh dengar dan tutup mulut. Jujur cakap, aku tak adalah pandai sangat nak nasihat orang; cakap lepas je apa yang aku rasa. Ada je benda yang aku tak boleh buat. Eh, aku pun manusia, macam kau. Ada banyak lagi benda aku tak tau, cuma mungkin benda yang aku tak tau, kau tak ambil peduli. Benda yang kau peduli, semuanya aku tau. Mungkinlah. Aku pun tahu apa rasanya sakit bila ada masalah. Aku pun tahu macam mana serabut. Aku pun tahu macam mana rasa ego, tak nak ada orang tolong aku. Mestilah aku tahu, semua tu asam garam jadi manusia, kan? Kalau kau datang, minta nasihat dekat aku, aku bagi ikut apa yang aku pernah kena sendiri, atau nampak orang lain buat. Kalau aku tak pernah hadap satu-satu situasi tu, aku pun tak berani nak cakap apa-apa. Mungkin masa tu masa aku diam dan cuma mendengar. Kau tahu kenapa manusia luahkan

Tolong.

Tuhan ciptakan kita tidak sempurna. Tuhan ciptakan kita serba serbi kurang, supaya kita ingat siapa yang kita patut cari ketika sakit dan sihat, susah dan senang. Kita senang, kita ingat Tuhan. Kita ucap terima kasih kepada Tuhan. Kita susah, kita mengadu pada Tuhan. Minta kekuatan, minta jalan. Tuhan dengar semua masalah kita. Tuhan nampak apa yang kita lalui. Tuhan faham, bila tiada langsung manusia di sebelah kita. Tuhan faham. Yang selalunya tidak faham, adalah kita sendiri. Tidak nampak hikmah, sudah mula salahkan Tuhan. Sedangkan Dia punya perancangan yang jauh lebih baik daripada kita. Jangan salahkan Tuhan. Dia mendengar, pasti Dia tolong. Cuma kita manusia, kadang-kadang kita terlepas pandang pertolongan Tuhan. Cara Dia halus, tanpa kita sedar. Mana mungkin Tuhan biarkan kita sendiri. Kita sendiri kita mati. Mungkin Tuhan simpankan seorang manusia, yang kita sendiri tidak pernah kenal untuk tolong kita. Mungkin, orang yang kita benci nampak kesusahan kita dan mahu tolong k

Bukan.

Bukan mudah hendak menyusun satu-persatu segala fikiran dalam kepala. Bukan mudah untuk terus bekerja sedangkan kepala sudah berat. Bukan mudah untuk memahami. Tiada yang mudah pun. 

Untunglah.

"Untunglah boleh park kereta kat atas," Haah, untunglah bila naik turun tangga kena pegang kalau tak boleh tersungkur. Untunglah tengah jalan macam biasa tiba-tiba kaki tak boleh tampung berat sendiri. Untunglah bila kaki sakit malam-malam tertidur sambil nangis. Untunglah terpaksa senyum je padahal kaki dah tak larat nak melangkah setapak pun. Untunglah orang cakap aku mengada-ngada tak boleh nak buat macam-macam sebab aku tau kaki aku tak boleh tahan. Untunglah jadi spoiled brat pergi mana-mana pun kena hantar sampai depan pintu sebab tak larat. Untung gila kan? p/s Lupa nak cakap terima kasih banyak-banyak kat FKPM UiTM Shah Alam.

Cryptic

I know that I say and do a lot of cryptic things; things that are beyond me sometimes. But with you, you don't question anything, you simply went with the flow of mood I was in. For staying there when you can't even understand anything; thank you. For trying to calm me down when you don't even know what is wrong; thank you. For being patient over all the tantrums I've thrown; thank you. And the last, yet one of the most important: thank you for accepting me the way I am. Thank you, ♥.