Posts

Showing posts from September, 2014

Frustration.

Call me weird, but I usually don't mind when people are venting their anger and frustration at me. Most of the closest people do this to me, and frankly, I don't take it too hard. Although I don't forget their snide remarks on my always-rude-jokes, but I see what kind of situation these people are in, which makes me be a little bit understanding. Provided that I see why you're mad in the first place though. Unless you're a girl, with that time of the month, everytime you vent your frustration at me, just do me a favour; tell me what makes you upset. Just so I won't hold a grudge on you for the next half a decade, literally. p/s Entah dibacanya ke tak. Kalau ye, ingat ni tau.

Relationship.

"Kau kena ingat, kalau kau nak ada relationship yang baik dengan orang lain, kau kena faham setiap kita ni ada kurang dan lebihnya. Yang kurangnya mungkin buat kau benci, yang lebihnya mungkin buat kau cemburu. Tapi jangan lupa, sebab kau sendiri punya kurang dan lebih yang mungkin orang lain tidak mampu terima," Ya, kurang aku dan kurang kau mungkin tidak sama sehingga aku sendiri tertanya-tanya kenapa kau masih ada, dan aku tidak angkat kaki. Tetapi mungkin kerana kita cuba telan yang kurang walaupun pahit, kerana yang lebih sudah mengatasi segalanya. p/s Dialog di atas bersifat universal, dan boleh diguna pakai untuk mana-mana bentuk hubungan daripada profesional sehingga yang rapat. Wallahu'alam.

Dengar

Apa lagi aku boleh buat kalau bukan dengar? Mungkin aku takkan faham, mungkin aku tak tahu, mungkin aku tak mampu membantu. Tapi, kurang-kurangnya aku mampu mendengar. Kalau ada yang lain aku mampu, awal lagi sudah terlaksana, insya Allah.

Menyesal.

Jujur aku katakan, kalau ditanya aku tidak menyesal untuk ambil keputusan, sudahkah berfikir panjang, jawapan aku: menyesal, sedikit. Berfikir panjang? Hampir tidak. Mungkin kerana perkara lain kalau difikirkan, masih boleh dijangka hasilnya. Masih boleh diteka apa yang akan terjadi. Kerana perkara lain, lebih bersifat objektif. Ya? Tidak? Jawapan dalam bentuk boleh diukur. Mungkin itu sebabnya. Tetapi, untuk sesuatu yang sangat abstrak, aku hanya mampu berkata, kalau hendak difikirkan penyesalan di kemudian hari, mungkin selamanya aku begini. Mungkin selamanya tiada kemajuan dalam hidup itu sendiri. Jawapan dan jangkaan sangat abstrak, sangat subjektif, sehinggakan tiada yang betul, mahu pun yang salah. Risiko. Memang benar. Tetapi bukankah risiko yang membuka peluang? Yang membuka mata? Keputusan sudah dibuat, dan insya Allah, semuanya baik sahaja.

Annoy.

Well, if it isn't my duty to annoy you, then who should? And annoying you is what I do best, after all. 🐽🐻

Tipu

Nak menipu tu agak-agak la. Benda bodoh pun kau nak tipu apahal? Kalau aku ni setakat serkap jarang je kau boleh la nak bising, ni ada bukti. Siapa yang bodoh ni?

Sekarang.

Zaman sekarang ni, berapa banyak hantaran, berapa ramai tetamu, berapa besar majlis ke yang tentukan kita bahagia lepas kahwin nanti?