Masih Sesat.

Masih mencari arah, masih mengharap ada cahaya di hujung jalan, masih ada rasa yakin semua pasti akan jadi lebih baik.

Cuma sudah terlalu lelah mencari, hampir putus mengharap, keyakinan mula diusik rasa ragu. 

Saban hari dikata, satu hari nanti. Saban hari bertanya, sampai bila mahu begini? 

Terlalu letih, tetapi tetap percaya. Hingga percaya menjadi beban batu digalas tiap masa. Hingga percaya seperti membohongi diri. Hingga percaya seperti rasa asing.

Mungkin hati sudah lelah, tetapi otak tetap gigih. Mungkin hati masih percaya, cuma otak sudah buntu.

Mungkin. Semua mungkin.

Jika ditanya lima tahun dahulu adakah ini penghujung jalan? Jawapannya tidak, inilah pangkal jalan. Yang tidak disangka, pangkal sahaja sudah terlalu panjang hingga terlalu lelah tidak mampu diteruskan jalan. 

Tetapi masih mengharap cahaya di hujung jalan. Masih menekan diri untuk menggerak langkah. Biarlah walau setapak, biarlah ditinggal di belakang lantaran lelahnya hati; kerana yang perlahan itu tetap ke hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

Masscomm

Hati.

Serabut.