Posts

Noktah.

Noktah. Titik. Penyudah. Tanda tamat, tanda bermula sesuatu yang berbeza. Tanda bila kita perlu letakkan sesuatu di belakang kerana selepas noktah itu ada sesuatu yang baru.

Lepas Tangan.

Yang bila segalanya kau mahu mudah, kau hempukkan sahaja di atas bahu yang lain? Sedangkan itu tanggungjawab kau? Sekarang sudah timbul masalah, salahnya pada yang dibebankan? Adil benar penilaian kau. Mungkin aku tersilap ukur, tersalah mengagak. p/s Takpe, kita chill je. Sabar ye.

Kawan.

Jujur cakap, aku rindu mahu berborak sehingga kedengaran azan Subuh dengan kau. Lepak-lepak seperti anak muda yang tiada arah tuju dalam hidup. Mengumpat, bergosip tentang orang lain tanpa bercermin terlebih dahulu bersama. Aku rindu. Rindu kerana tidak ramai manusia yang mendengar setiap bebelan dan perkataan bukan-bukan yang aku lontarkan tanpa prejudis. Mudah untuk menadah telinga dan menelan semua, tetapi untuk tidak prejudis? Jarang sekali. Kau tidak takut dengan apa yang aku tahu. Kau tidak peduli. Kau dengan dunia kau yang tersendiri. Aku tahu sekian banyak tentang kau, tetapi mustahil untuk aku simpulkan. Dan mungkin juga, kerana itu, kita bukan lagi seperti dulu. Dan aku doakan kau terbuka hati, tercelik mata untuk lihat bagaimana dunia tidak sepolos diri kau.

Signs.

We usually displayed our emotions on "signboards". When in public, we tried to keep it at the same size and colour as everyone else, in order not to stand out and be noticed. Because everyone's signboard has different writings on it, despite being the same colour and size. In public, showing excessive amount of emotions is uncalled for, to the point of being a freak. Like how someone is feeling sad, and is putting up the signboard (messy hair/ clothes, tears in eyes, etc,) with different colours, people will definitely avoid that someone. Because you are the one who put up the sign. Other citizens are simply abiding the law by obeying the signboard.

Mok.

Image
Ni gambar candid sebenarnya. Ahad 8 Februari 2015, Seoul Garden IOI City Mall. Nampak tak kegigihan bila nak makan tu? Hahahaha Okay. Sebenarnya ingat nak post kat Instagram, tapi macam mainstream sangat plus tak ada orang baca sangat blog ni pun. Ready? In all honesty, aku sebenarnya nak tahu macam mana orang lain boleh gaduh dengan partner dia, make up, apologise and move on. Tak faham. Maybe other people are not as crazy as I am? Yeah, maybe. Honest? Kadang-kadang aku rasa penat sangat nak teruskan semua ni. Penat sangat gaduh, padahal jumpa sebulan, dua bulan sekali. Dulu-dulu lagilah, sampai setengah tahun tak jumpa langsung. Tapi gaduh every three days. Mengarut betul. Kelakar juga sebenarnya kalau ingat balik. Benda kecil-sekecilnya, tapi boleh jadi isu besar. Then again, that was one of my specialty. I see little things as the bigger part, which is something that I emphasised on some of my previous posts. He knows, and when he's too tired to deal w...

Tipu.

Jangan ditanya macam mana aku tahu, dari mana aku dapat info, kerana selalunya datang tanpa dicari, dipanggil, apa lagi disuruh. Tetapi, selepas sekali ditipu, semestinya aku usaha lebih untuk pastikan pisang tidak berbuah dua kali dan aku tidak menjadi bodoh untuk percaya. Kau benci aku ada di mana-mana ibarat bayang-bayang? Itu tandanya kewujudan aku sudah tidak perlu. Tandanya kewujudan aku perlu dicatu. Bagi aku, selamanya atau tidak langsung. Tiada di antara. Terpulang pada diri kau sendiri. P/s Jujurnya, aku sudah letih hendak mengikut rentak orang kerana rentaknya berubah tanpa sebarang notis.

Kuat.

Puas menangis. Aku penat. Aku takkan tahu, betul atau salah keputusan yang aku buat. Aku hanya boleh cuba untuk ke hadapan. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini, mungkin ada yang lebih baik Tuhan sudah aturkan. Sabarlah wahai hati. Kuatkan semangat.