Posts

Kawan.

Aku tak suka simpan kawan ramai-ramai. Kalau tanya kenapa, aku pun tak tahu. Bukan tak best bila kau ada satu geng yang sama kepala dengan kau, tapi itulah; aku masih tak minat nak ada kawan ramai. Kalau ikut logik, mestilah aku simpan kawan yang baik dengan aku je kan? Yang tak buat hal dengan aku. Yang jaga aku. Yang boleh terima buruk baik aku. Dan tentunya yang aku selesa dengan dia. Tak jugak sebenarnya. Kawan yang aku simpan, kawan yang aku percaya. Kawan yang aku cari bila aku hadap masalah. Kawan yang takde hal nak buang masa hanya sebab nak bagi aku senyum balik. Percaya bagi aku sangat subjektif. Sedangkan kawan yang aku simpan ni pun, aku tak percaya habis. Tapi, aku percaya satu je: dia ni memang kawan aku. Jangan tanya macam mana aku nilai, sebab aku sendiri susah nak faham. Sebab kawan aku ni ada je tipu aku, buat aku marah, buat aku nangis pun ada jugak. Tapi aku masih percaya, aku masih kata, "kau jela bestfriend aku,". Aku sendiri tak harap pun dapat kawa...

Sesat.

Betul mat saleh kata, what you've give you will get back. Aku tak minta pun jadi macam ni. Aku tak terniat pun nak buat macam ni. Tapi macam manusia lain, aku bukannya kuat sangat. Banyak kurang yang susah nak ditampung. Banyak silap yang dah tak mampu nak dibetulkan. Tapi itulah, kalau tak belajar daripada silap, siapa lagi nak mengajar? Hadap realiti, seberapa ramai kawan baik, keluarga yang sayang sekali pun, pokok pangkalnya pada diri kita sendiri. Mampukah kita untuk menepis semua bisik-bisik jahat syaitan? Mungkin. Tuhan sudah berikan caranya, sudah tunjukkan jalannya. Terpulang kepada kita untuk terus sesat atau berpatah balik dan memulakan semuanya kembali. Wallahu'alam.

Ego.

Mudah untuk kita melihat salah jika bukan pada diri sendiri. Mudah untuk kita melihat benar jika pada diri sendiri. Sedangkan diri sendiri tidak mungkin sentiasa benar, dan mereka yang lain tidak sentiasa salah. Sifat kita sukar mahu mengalah, melihat diri sendiri kurang. Sifat kita cuba meletakkan diri sendiri di tempat paling tinggi, dan orang lain di satu sudut paling hina. Kita lupa, siapa pun kita, pengakhirannya nanti serupa. Dikambus tanah, ditiup angin.  Siapa ibu dan ayah memang mencorak permulaan kita. Sedang kita belajar mengenal dunia, kita lihat sendiri akibat baik buruk sesuatu laku. Bukan cikgu tidak pernah cerita, bukan ustaz tidak pernah menegur, bukan ibu ayah tidak pernah mengingat. Tapi kita sering lupa, kerana kita mahu berada di atas. Kita ego. Kita sukar untuk melihat dengan mata hati. Kita lihat, dengar dan sebut yang kita percaya, yang kita mahu percaya. Kita berpura-pura tidak tahu, tidak nampak yang benar. Hanya kerana yang benar meletakkan kita...

Pernah.

Pernah kau rasa, semua benda dalam dunia tak adil dan kau marah Tuhan sebab susahkan hidup kau? Pernah kau rasa, Tuhan baik sangat dengan kau sampai kau menangis rasa kau hina dan tak layak semua tu? Pernah kau teringat, kau tengking mak kau dan kau menangis dengan rasa bersalah sebab mak kau dah tak ada? Pernah kau rasa, nampak pengemis di tepi jalan dan kau fikir, carilah kerja sementara badan masih sihat? Pernah? Manusia sifatnya lemah. Selalu lupa yang mereka tidak akan selamanya di atas, sering tersedar apabila sudah di bawah. Manusia sifatnya lupa, kita perlu ingat diri sendiri dan masing-masing. Manusia juga sifatnya berubah. Tidak mustahil yang baik menjadi jahat, dan jahat menjadi baik.

Blessings

I am blessed. So are you. Everyone has blessings from Him. All in different ways, because He knows which blessing is better. But we don't. And we like to curse the blessing, saying that it's His wrath. Be grateful, we never would think that we are missing anything that we have. Why mourn over something we don't have; don't need?

Adil.

Nilaian adil hanya pada Tuhan, sebab manusia sifatnya berat sebelah. Jangan dinilai apa yang tidak nampak, sebaliknya hargai apa yang di depan mata walau sebesar zarah. Mungkin pada Tuhan, nilai zarah itu lebih besar pada-Nya? Wallahu'alam.

Tired.

Because differences should make us a better person. Because it should make us more aware of what we needed to do. Because it should make us appreciate everything before it's too late, and there's no turning back time. Because to me, it doesn't matter how much money you spend, how great is your look, or how much you can give. Because in the end, what matters is what you should have said, how much time did you spend, and your effort as proof to the words you yourself have thrown around. Apparently, promises are just like words on flyers. Often times thrown into the bin. p/s How many times do I have to go through this until you understand what is the real problem?